Beauty Tip of the Day

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2012-02-17

Ikhlas di hati.

Salam.

Pada hari itu, saya menemani ibu ke salah satu perjumpaannya dengan teman teman. Minat mereka sama. Menjahit. Bezanya dulu dengan sekarang, jika disebut menjahit, tidak hanya tertumpu kepada baju dan langsir tetapi juga termasuk hasil tangan yang lain. Ribbon embroidery, tatting, manik, dll.

Mereka baya baya saya sahaja. Takkan nak panggil mereka aunty walaupun mereka memanggil ibu, 'kak'? Ada kakak ini bawa anaknya. Baru beberapa bulan. Comel. Di akhir majlis, ada kakak lain tolong menjaga bayi itu. Lantas, diagahnya ibu. Bayi fokus pada ibu.

Saya : kenapa dia pandang ibu je? *berbau dengki*
Ibu : baby memang suka kat ibu.
Kakak : orang ikhlas, kat muka pun boleh nampak. Sebab itu baby suka.
Ibu : *senyum*.

Mungkin, memang betul. Kadang kadang, bila orang betul betul ikhlas, kita boleh rasa keikhlasannya.
"ikhlas itu pada hati. Bukan pada bibir" -cerekarama al-ikhlas.

Dan betul, kalau ibu mengajar orang, ibu akan ajar betul betul. Dari awal, sampai orang betul betul pandai. Langkah demi langkah. Cuma kadang, orang tak belajar sampai habis. Sebab bila separuh jalan, dah boleh cuba sendiri. Cumanya, hasilnya mungkin tak seperti ibu buat. Takpelah kan. Lama lama nanti pandai lah kot kan.

Saya : dia belajar tak habis tapi dah beriya buat business dah. Ibu tak rasa rugi ke?
Ibu : takpelah. Rezeki dia.

*sayang ibu !*
Bila nak buat sesuatu, ikhlaskan hati. Mungkin tak mudah, tapi tak mustahil. Buat betul betul. Tak rugi apa pun.

No comments:

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681