Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2009-03-11

wah.mummy masuk berita harian.

copy dari link ni.

berita harian:11/3/2009
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Ratu/20090311080125/Article/


Bahagian ratu.

Sulaman reben dapat sambutan

Oleh Sariha Mohd Ali

sariha@bharian.com.my


UMI Kalsom mempamerkan sebahagian hasil kerja tangannya yang menarik dan unik.


Bekas jurutera buktikan suri rumah mampu berdikari untuk dapatkan pendapatan lumayan

MENINGGALKAN kerjaya berprestij dengan gaji lumayan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa mungkin sukar dilakukan wanita kerana beranggapan kelulusan yang diperoleh sepanjang menuntut ilmu seakan membazir jika tidak digunakan sebaiknya.

Bagaimanapun, tindakan berani itu tetap dilakukan bekas jurutera lulusan Universiti of Missouri, Columbia, Amerika Syarikat, Umi Kalsom Ismail, 47, apabila nekad berhenti kerja dan paling membanggakan langkah itu bukan sesuatu yang silap, sebaliknya membuka era baru dalam hidupnya.

Akibat bosan tinggal di rumah, Umi Kalsom kemudian menjadikan hobinya menyulam reben bermotifkan kuntuman ros menjadi kerjaya tetap dan kini mampu menjana pendapatan lebih RM5,000 sebulan hasil kerja tangannya itu yang diusahakan di rumahnya di Subang Jaya.

“Sejak bekerja sebagai jurutera di syarikat pembinaan, saya memang minat seni menyulam khususnya sulaman benang, tetapi hasil kerja tangan itu saya sembunyikan daripada kawan-kawan kerana malu sebab menganggap kerja menyulam ini adalah kerja orang tua.

“Ketika mula berhenti kerja, memang saya berasa sedikit terkilan kerana terpaksa tinggal di rumah melayan kerenah anak dan sesekali terdetik untuk kembali bekerja, tetapi selepas mendapat anak ketiga, saya terus mematikan hasrat itu.

SULAMAN reben bermotifkan bunga ros yang dihasilkan kelihatan sangat eksklusif.

“Bagi mengisi masa, bermula awal 1990-an, saya menjadikan hobi menyulam ini sebagai kerjaya dan saya bermula dengan membuat serta menyulam baju kanak-kanak untuk dijual di butik dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan,” katanya ketika di rumahnya, baru-baru ini.

Umi Kalsom, ibu enam anak, yang mengusahakan Umi’s Embroidered Gift, mengakui kemahiran menjahit dan menyulam yang dimilikinya adalah hasil minat dan pemerhatiannya menerusi buku.

“Saya tidak pernah belajar menjahit atau menyulam, sebaliknya disebabkan minat, ilmu itu berjaya diperoleh hasil pemerhatian atau membaca buku. Sedikit demi sedikit, saya mencuba teknik baru ciptaan sendiri dan akhirnya saya cenderung membuat sulaman reben kerana ia tampak lebih eksklusif dan menarik.

“Apa yang saya lakukan sekarang membuktikan suri rumah juga mampu menjana pendapatan lumayan tanpa bekerja di pejabat, jika mereka pandai memanfaatkan masa yang ada, selain faktor minat dan jika rajin berusaha.

“Sebenarnya, ada kesamaan antara kerjaya jurutera dan menyulam ini kerana saya perlu teliti dan menghasilkan rekaan yang tepat, tetapi paling penting, saya rasa gembira dengan apa yang dilakukan,” katanya.

Pelbagai hasil kraf tangan dihiasi sulaman reben yang unik dan menarik dihasilkan Umi Kalsom termasuk bantal kusyen, beg tangan, alas meja, kotak, hiasan dinding, sarung telefon bimbit, cadar pengantin, uncang hadiah serta sulaman pada pakaian.

Paling menarik, kepakaran dimiliki Umi Kalsom itu turut menarik minat penggemar seni sulaman reben dari Brunei, Singapura, Indonesia, Australia, India, Turki dan United Kingdom untuk mempelajari kemahiran itu dengan lebih mendalam.

“Pada awalnya, saya sering membuat pakaian eksklusif untuk kanak-kanak yang ditugaskan menjadi `flower girls’ dan pada 2000, sulaman reben ini mula diminati orang ramai di negara ini. Sebelum ini, kebanyakan sulaman reben diimport dari China, tetapi kualitinya rendah kerana sulaman sering tercabut. Apabila menghasilkan sulaman reben menggunakan gubahan sendiri, saya memastikan ianya tahan lasak, boleh dibasuh dan tahan lama, bersesuaian dengan harganya yang agak mahal.

“Permintaan terhadap produk hasil kraf tangan saya mendapat permintaan tinggi hasil promosi mulut ke mulut yang dilakukan pelanggan kebanyakannya di kalangan kelas pertengahan dan atasan; kini saya mempunyai pelanggan tetap selain pelanggan baru yang mahukan reka bentuk terkini.

“Saya turut menerima tempahan daripada kedai cenderamata yang mahukan produk sulaman ini dijual di premis mereka termasuk untuk pelancong di Langkawi, selain membekalkan hasil sulaman ini ke Singapura,” katanya.

Umi Kalsom berkata, ada kalanya, beliau tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan kerana semua kerja menjahit dan menyulam dilakukannya sendiri tanpa bantuan pekerja.

Susulan itu, beliau turut mengajar kumpulan suri rumah, ibu tunggal dan wanita bekerja di kawasan berhampiran untuk mendalami bidang itu, berharap mereka yang sudah mempelajari seni sulaman reben itu menggunakan kelebihan berkenaan untuk terus terbabit dalam kerjaya berkenaan.

“Sukar untuk mencari mereka yang benar-benar berminat dengan kerja sulaman ini secara sepenuh masa kerana ia memerlukan ketelitian bagi menghasilkan sulaman tangan yang bermutu tinggi.

“Sebenarnya saya sudah mengajar lebih 200 wanita termasuk golongan profesional seperti jurutera dan doktor dan selepas ini berhasrat mengambil sebahagian mereka, khususnya ibu tunggal untuk membantu saya menjalankan perniagaan ini secara lebih besar bagi memenuhi permintaan pelanggan.

“Bagi wanita yang diberhentikan kerja akibat kegawatan ekonomi seperti yang berlaku sekarang, mungkin kerjaya ini boleh menjadi alternatif kepada mereka untuk menjana pendapatan yang mungkin lebih tinggi daripada apa yang mereka peroleh sebelum ini.

“Tempoh dua bulan atau lima kali sesi pembelajaran diperlukan untuk mereka mempelajari teknik sulaman reben ini dengan setiap sesi selama dua jam setengah dikenakan bayaran RM60,” katanya.

Mengulas peralatan diperlukan untuk sulaman reben, Umi Kalsom berkata, selain reben tempatan, beliau turut menggunakan bahan import dari Amerika Syarikat bagi memastikan kualiti sulaman kekal lama.

“Saya turut menggunakan kain baldu atau kain berjenama bagi menghasilkan kraf tangan bermutu tinggi dan bagi bantal kusyen misalnya, saya mengambil masa antara dua hingga tiga hari menyiapkannya bergantung kepada gubahan bunga reben diperlukan.

“Selain itu, saya turut menjual peralatan menyulam termasuk secara online, selain buku sulaman dari Australia. Paling membanggakan, saya turut memiliki lebih 100 pelajar secara online termasuk dari luar negara dan bagi mereka yang berminat belajar secara online, saya hanya mengenakan yuran keahlian tahunan RM10 saja,” katanya.

Umi Kalsom berkata, bagi golongan atasan, mereka biasanya suka menempah sulaman reben untuk dijadikan cenderamata diberi kepada kenalan kerana reka bentuknya yang eksklusif dan kelihatan mewah, selain dijadikan barangan hantaran perkahwinan untuk ahli keluarga bagi memberi kelainan yang istimewa.

“Bagi mereka yang ingin mendalami seni sulaman reben ini, modal diperlukan sangat minimum kerana mereka hanya perlu membeli peralatan secara berperingkat. Paling menarik, kerja ini membolehkan kita mengurus masa sendiri dan jika ditanya, saya sangat berpuas hati dengan apa yang dilakukan sekarang.

“Jika dulu, saya malu menampilkan hasil kraf tangan sendiri, tetapi keadaan berbeza sekarang kerana kreativiti saya menghasilkan gubahan menjadi rebutan pelanggan dan permintaan datang tanpa mengira masa.

“Ada yang mengusulkan supaya saya membuka kilang bagi produk sulaman reben, tetapi itu mungkin dilakukan selepas ini. Paling penting, saya perlu mampu memenuhi permintaan pelanggan yang ada sekarang dengan terbaru, di kalangan sektor korporat pula yang mahukan reka bentuk unik untuk pelanggan mereka,” katanya.

INFO:

Nama: Umi Kalsom Ismail

Kelulusan: Kejuruteraan Elektrik, Universiti of Missouri, Columbia, Amerika Syarikat

Anak: 6 orang berusia antara 7 hingga 21 tahun

Suami: Amran Shamsuddin (Jurutera Komputer)

Laman web:http://embroideredgift.blogspot.com

Tel: 019 2206325 / 03-56351466

Khidmat: Kraf tangan sulaman reben yang dihasilkan Umi Kalsom dijual antara RM6 hingga RM300 setiap satu

4 comments:

Unknown said...

salam..

sape ni??

camne leh kenal saya?

Haf said...

waaaaaaaaaaa!!!!!!!!!bestnye muka mak hang msk paper.glamer u!hmmm,ntah en amir knal ngn mak hang.

p/s:jap lg ade bdk pc nk dtg tdo bilik aku,huhu...

Haf said...

oh ye...wani,anda dpt award dr sy.sile ler amik yer...

Unknown said...

waaaa,,,,,,
besnye mk awk,,
glemer 2,,
huhu...
npe xpnh gtau sy???
huu

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681