Tak lama lagi, giliran kakak pula hendak menempuh alam baru. Alam berumahtangga, menjadi isteri, pembantu kapten di bahtera, ibu, guru, nenek, dan banyak lagi. Semoga kakak bahagia hingga syurga. Semoga, kakak jadi isteri, penyejuk mata suami, dan ibu yang solehah.
Kakak lain pula, sedang mengandung. Baru bulan pertama. Kata kakak, dia berdebar. "cuba wani bayangkan wani mengandung?" "wani tak le bayangkan lagi. Sebab wani jadi isteri pun belum. So wani kena bayang jadi isteri dulu". Saya pula yang rasa nervous. Lagi lagi baru tamat baca "Aku Terima Nikahnya". Maka, terasa jugalah dugaan menjadi seorang isteri dan ibu. Sebab, bila dah ke alam perkahwinan, haruslah bersedia untuk menjadi ibu dan bapa. Besar amanah itu. Pasti akan disoal di akhirat nanti mengenai tanggungjawab mendidik anak ilmu agama.
Siang tadi, sempat ke kedai buku. Kelabu mata jadinya. Sebab banyak sangat pilihan buku mengenai perkahwinan dan amalan semasa mengandung. Orang lain yang nak berkahwin, melahirkan anak, saya pula yang rasa teruja hendak membeli buku sebegitu. Nasi baiklah dalam purse ada kurang dari rm 10. Hehe.
No comments:
Post a Comment