Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2012-07-30

Kem Bina Insan Tenggaroh 6,4, & 2 masuk akhbar lagi~

Salam.

Kem Bina Insan Tenggaroh 6,4, & 2 masuk akhbar lagi~
Kali ini, harian metro pula. Ada typo di situ ya. Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (PAKMNS)

http://www.hmetro.com.my/articles/Bentukpelajarcemerlang/Article/


Bentuk pelajar cemerlang

Oleh Mohd Sah Muda
rencana@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SERAMAI 90 pelajar tahun enam di tiga sekolah Felda Gugusan Tenggaroh, Mersing, Johor yakin mencapai 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
Azam itu kian membara apabila mereka selesai mengikuti Kem Bina Insan UPSR 2012, di SK Felda Tenggaroh 06, baru-baru ini.
Kem tiga hari itu, anjuran bersama Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa Pelajar SKTenggaroh 06, dikelolakan Alumi Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan serta disertai pelajar SK Tenggaroh 06, SK Tenggaroh 04 dan SK Tenggaroh 02.

Pengarah kem, Haryanti Mohd Affandi, berkata kem itu bagi membantu memperlengkap dan mempersiapkan mental pelajar menghadapi UPSR selain membentuk jati diri dan identiti pelajar cemerlang.


Menurutnya, ia juga menjadi pemangkin bagi membina semangat memperoleh kecemerlangan di samping mengutip pengalaman melalui aktiviti bersepadu.

“Program ini sangat menitikberatkan penguasaan kemahiran selain membina berkomunikasi berkesan. Sebagai pelajar, aspek ini sangat penting membantu mereka berani bertanyakan soalan kepada guru.

“Mengikut pemerhatian kami, mereka belum pernah terbabit secara rasmi dalam aktiviti berbentuk motivasi kecemerlangan secara bersepadu dan ini peluang yang tidak boleh dilepaskan,” katanya.

Antara aktiviti diadakan sepanjang program termasuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK), solat berjemaah, ceramah motivasi dan persembahan kebudayaan.

Seorang pelajar, Mohd Hazim Mohd Zain, 12, berkata dia gembira dapat menyertai kem berkenaan kerana memperoleh banyak panduan baru yang boleh membantunya memperoleh 5A.

“Saya berazam mencapai keputusan cemerlang untuk dihadiahkan kepada keluarga.
Program ini banyak memberi panduan selain melonjakkan lagi semangat saya untuk belajar bersungguh-sungguh.

“Selain itu saya gembira kerana dapat berjumpa rakan baru. Kami boleh berkongsi pendapat dan menjalinkan hubungan mesra.

“Malah, kami juga saling memberi sokongan supaya masing-masing dapat merealisasikan impian memperoleh keputusan membanggakan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/29

 






 Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.


 

No comments:

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681