My friend wrote the second part of it.
I thought that it only have one part.
Here goes...
pesan buat anak 2
anakku..
dikau sudah menginjak dewasa..
bertatih mengenal ilmu dunia..
mula belajar apa ertinya chenta..
merentas hidup penuh pancaroba..
anakku..
jangan takut tersalah pilihan..
kerana itu tarbiah dari Tuhan..
membuat kita tabah mengharungi kehidupan..
agar nanti beroleh pedoman..
anakku..
hidup ini indah..
bersulam dengan tawa dan gundah..
namun begitu hendaklah tabah..
pasti terselit 1001 hidayah..
anakku..
walau ku diam tanpa pesan..
saat kau rebah dalam pencarian..
hanya doa yang mampu kutitipkan..
agar terus tabah hadapi cabaran..
anakku..
nasehatku tanda sayang..
agar dikau terus matang..
mengharungi liku yang mendatang..
tetap tenang dalam gelombang..
The 2nd last verse makes me cry.
No comments:
Post a Comment