Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2009-07-09

spina bifida. pernah dengar?

urm...
asek2 tulis pasal kesedihan je kan?
lame2 berkabung lak blog ni.
tibe2 nak cite pasal spina bifida ni.
pernah dengar?
mcm comel jek namenye. bagiku namenye comel.
xtaula kalian camne. hohoh.
ku pun baru tau pasal penyakit ni dalam setahun lepas.
seorang insan yg ku syg hidap penyakit ni sejak kecil.
dari kecik, xberpisah dgn ubat.
smpi kan, rsnye ubat die lg byk dr farmasist sendiri.=)
moga keadaan dirinya semakin baik~

ni ade sikit info pasal penyakit ni.
ku google jek. pastu terjumpe pastu copy paste jek. hahah.
kalau rase nak tau, silalah baca :


Apakah yang dimaksudkan dengan Spina Bifida ?
Spina Bifida (dalam bahasa Latin bermaksud tulang belakang terpisah), adalah salah satu kecacatan sejak lahir dikenali sebagai kecacatan di tiub neural. Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bersambung dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah. Keadaan ini terjadi di awal kandungan, seawal bulan pertama kandungan.
Ianya berlaku di bahagian bawah tulang belakang dan jarang berlaku dibahagian atas. Kadang-kadang sebahagian dari otak juga turut terdedah.


Jenis‐jenis Spina Bifida.
a) Spina Bifida Occulta
Saraf tunjang adalah normal. Hanya sebahagian kecil tulang yang tidak bertaup. Lapisan kulit yang menutupi kecacatan ini juga adalah normal.

b) Meningocoele
Sebahagian dari meninges lapisan luaran saraf tunjang terjulur keluar tetapi saraf tunjang selalunya sempurna.

c) Meningomyelocoele
Sebahagian dari saraf tunjang dan meninges terjulur keluar dari tulang belakang yang terpisah. Keterukkan keadaan spina bifida adalah berbeza. Dalam keadaan yang ringan (milder form), bayi tidak menunjukkan apa-apa tanda. Sekiranya kecacatan teruk yang mana melibatkan saraf tunjang , kemungkinan bayi tidak selamat. Selalunya bayi ini akan mengalami kelumpuhan, hydrocephalus (kepala besar disebabkan pengumpulan cecair dalam otak) dan lain-lain kecacatan sejak lahir/kongenital. Kebanyakkan kes mengalami keterukkan sederhana yang mana juga memerlukan berbagai rawatan dan rehabilitasi.


Sebab‐sebab terjadi.
• Sebab sebenar masih tidak diketahui
• Ia adalah disebabkan oleh kombinasi antara faktor genetik dan persekitaran.
• Salah satu faktor yang menyumbang pada keadaan ini adalah kekurangan asid folik
sebelum mengandung dan pada awal kandungan.


Tanda‐tanda
• Kemungkinan kelihatan benjolan di bahagian belakang. Ia adalah penonjolan saraf tunjang atau meninges melalui ruang pembukaan di tulang belakang.
• Saiz kepala yang besar atau ukuran lilitan kepala membesar akan terjadi pada sebahagian kes meningomyelocele.
• Bagi kes spina bifida occulta, perubahan warna kulit, lekok ,ketulan tisu lemak yang lembut atau jumbai rerambut akan dapat dilihat di bahagian belakang.

Gejala
Sebahagian dari gejala dikesan peringkat awal dan yang lainya di kemudian hari.
• Sakit dibahagian bawah belakang
• Sistem usus dan pundi kencing yang tidak berfungsi.
• Bahagian anggota kaki adalah lemah atau lumpuh.
• Hilang deria rasa dibahagian yang terlibat.
• Pembelajaran yang lemah.
Kadang-kadang tidak ada gejala yang ditunjukkan. Kecacatan itu hanya dikesan semasa pengimejan (x-ray) dilakukan untuk masalah kesihatan yang lain.
Masalah ini boleh dikesan semasa mengandung melalui ultrasonography,MRI dan pengukuran alpha foeto protein (AFP)


Komplikasi.
1. Komplikasi spina bifida selalunya disebabkan oleh kerosakan pada saraf tunjang atau hujung saraf yang terkeluar dari saraf tunjang.
Ini akan mengakibatkan:-
o Sakit belakang
o Tidak boleh mengawal buang air kecil dan retensi urin.
o Tidak boleh mengawal buang air besar dan sembelit
o Lemah atau kelumpuhan pada bahagian kaki.
o Hilang deria rasa di bahagian yang terlibat - yang mana menyebabkan
kecederaan, kudis tekanan atau kelecuran di kulit.

2. Spina bifida selalunya berkaitan dengan hydrocephalus dalam 70 % kes. Otak dan saraf tunjang di alirkan dan di bekalkan dengan nutrisi oleh cecair serebrospinal. Dalam spina bifida , pengaliran cecair serebrospinal tersekat menyebabkan pengumpulan cecair ini di dalam otak. Keadaan ini berbahaya kerana cecair yang terkumpul akan meningkatkan tekanan dan akan menyebabkan kerosakan pada otak.

3. Jangkitan
o Meningitis - Jangkitan pada selaput yang menyaluti tisu saraf.
o Jangkitan di salur air kencing melibatkan pundi kencing dan atas buah
pinggang - Retensi air kencing akan menyebabkan pengalirannya berbalik ke buah pinggang semula.

4. Masalah tulang seperti scoliosis (bongkok), telepis (club foot ) atau terkehel tulang
pinggul.


Rawatan.
Rawatan untuk spina bifida ialah pembedahan dan rawatan sokongan yang berterusan. Tiada rawatan khusus untuk spina bifida.
• Sekiranya seorang bayi dilahirkan dengan kecacatan yang terbuka , pembedahan dilakukan secepat mungkin.
o Saraf tunjang dan meninges yang terkeluar akan dimasukkan ke tempatnya dengan berhati-hati.
o Tujuan melakukan pembedahan ialah untuk mengurangkan risiko jangkitan dan mengekalkan fungsi saraf tunjang.
o Pembedahan semula mungkin diperlukan apabila kanak-kanak membesar. Ini adalah disebabkan saraf tunjang dan tulang belakang membesar pada kadar yang berbeza dan boleh menyebabkan dan boleh menyebabkan tisu saraf terperangkap.
• Sekiranya mengalami hidrosefalus, shunt mungkin diperlukan untuk mengalirkan cecair yang berlebihan dari otak ke abdomen. Shunt perlu di pantau untuk jangkitan dan penyekatan aliran cecair serebrosinal serta memberi rawatan yang berpatutan.
• Penilaian yang kerap perlu dilakukan ke atas kanak-kanak oleh pasukan kesihatan seperti Pakar Perubatan, fisioterapi dan terapi carakerja.
• Jangkitan perlu dirawat dengan sempurna.


tu je. if interested nak tau lagi, silalah ke hospital berdekatan, atau google la ek. jom streamix!
berdasarkan artikel tu, tercatat yg pnyakit ni byk komplikasinya. n insan yg ku syg itu, mmg ada komplikasi pun.
one of them is die xle kene sejuk. sentiasa bersweater.
if sejuk sangat, nanti akan cramp.
n then, xle panjat2 tangga. becoz effect kt tulang pinggul.
So, die slalu ponteng kelas bersebab.
n byklah aktvt yg cm sports, camping sume xle nk join.
but die being strong for all this while.
n i hope die akan terus strong.
even i think, she's stronger than me yg sempurna tubuh badan ni.
teringat yg dulu kne jd bodygad die.
tman jln2 keliling kolej.
xla keliling sgt pun.hahah.

kesimpulannya, bersyukurlah dengan segala nikmat tubuh badan yang sempurna ni. gunakanlah ia ke jalan kebaikan. (tp sdih ku nk buat baik xle).
Moga kita sentiasa dalam keredhaan ALLAH s.w.t.

No comments:

You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681