Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2010-05-31

Fix.

Salam.


Sometimes, it happens that things doesn't work out the way it is. With your loved ones. With your family. With your colleagues. With anyone surrounds you. And you tried to fix things up. And sometimes, it happens that, what you did doesn't turn out right. When you think that the sun is going to shine, somehow it doesn't. Those black clouds are coming and showing that the day might end up raining. Try to look at the brighter side. Then bit by bit, you can see the sun shining again. Things are happening the way you wanted to.


But... When things are going rough, you need to fix it again. Any idea of how to fix things up. AGAIN? =)




Exam khas.

Salam.


Tersebutlah kisah, 10 April lepas I pergi jawab exam khas.

Satu lulus satu gagal.

Yang lulus tu, I kena pergi ada lagi interview lain pula.

Harap-harap dapat.

It's a stepping stone for me to achieve my dreams.

I bercita-cita besar tau. =)

Moga saya punya keputusan lulus dan terbang warna-warni.

Alwani warna-warni. Masa depan tak cerah tapi warna-warni. =)

Amin.


2010-05-29

=)

Salam.

Smileeeeeeeeeee. =)
















Fake sungguh U ni ea.


 

2010-05-28

Dua

Salam.

Dua perkataan sahaja.




































EMO.



TERSENTAP.




 

Berhenti.

Salam.

'Kau' sudah tunjukkan tanda-tanda.

Agar aku berhenti.

Ya. Aku akan berhenti.











































Bila aku mahu. =P

*degil*
 

2010-05-26

Nak perasan sekejap boleh tak?

Salam.

Tadi I pergi bloghopping. Lawat blog orang. Tak sempat nak lawat semua. Nanti I lawat-lawat lagi ea.

Ni entri perasan kan diri. Hehe.

Ada lalu ada adik ni punya blog. Dia jawab tag yang I bagi kat dia. Ada satu soalan tu, dia jawab camni.

15.berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang mengtag anda
hehe kakak yang best bagiku...

-kenal sewaktu miggu pengurusan pelajar sebagai fasilitator...
-dah ada buah hati dah...
-sekarang tengah sambung master dekat UKM...
-seorang kakak yang sangat baik dan tabah...
-sangat sayangkan KMNS...:)

Tak taulah napa dia kata yang no4 tu kan, just nak fill in the blanks atau betul2 dia ikhlas kan. Especially yang part tabah tu. Tapi, hati I memang tengah flapping sekarang ni. Berbunga-bunga riang. Thanks, adikku. Haha. =P

Perasan je kan? Lalala~


Dengar fikir cakap.

Salam.

I like to hear stories. To listen. Kalau ada orang nak bercerita, I'll do my best to spare my time to listen to them. And I really don't mind pun. Sebab I  know, by doing this, tak banyak, at least sikit pun it will help myself. At least widen up my point of view about life. Knowing apa yang I tak pernah tahu pun kan. Dan maybe train myself to think wisely. Menjadi lebih matang. I know, i tak matang lagi. Trying to be one. Dari segi tindakan tu, memang childish kadang-kadang. But i have my own reasons. Tapi tu lah, my lil bros pun lagi matang. Tengok blog mereka, rasa segan. Eh, jap. Dengan mereka pun nak segan? Ok. I'm talking crap.

Sambung sambung.
Bila dengar cerita-cerita orang lain kan, somehow kena bagi feedback juga. Betul tak? Kannn? This is the toughest part. Sometimes, I'm out of words. Terkedu juga dengar kisah-kisah orang. I tried to do my best. Time ni lah kita kena guna ilmu kritis kreatip, kemahiran membuat keputusan dan semua semua lah bagai. Fikir fikir fikir. Betul. Kena fikir sebelum cakap. Mana boleh cakap suka hati je. Tegur, cakap kenalah secara berhikmah. Dan selalunya, akan berharap apa yang I cakap tu membantu mereka. Tak banyak, sikit pun jadilah.

Dan kepada insan berkenaan, akak betul-betul terkedu kali ini. Cumanya, akak doakan awak kuat. Betul-betul kuatkan semangat. ALLAH takkan uji hambaNYA dengan ujian yang tak boleh kita pikul.
Setiap yang kita ada kat dunia ni hanyalah pinjaman dariNYA. Bila-bila masa je DIA boleh tarik balik. Masa DIA pinjamkan, kita jaga sebaik mungkin. Tapi bila DIA ambil semula, redhalah.

So people, before you say something, do think. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata buruk padahnya. LWT. Ada hari tu I terlepas cakap juga. AMpunnnnnn.



2010-05-25

Jay Bee~

Salam.



It's my 6th day in JB. Thursday, Friday, Saturday, Sunday, Monday, Tuesday. Suppose that I left JB this morning. But somehow something turn up. Bukanlah apa-apa sangat pun. Rasa nak have a rest for a day here. Yelah dari sampai Khamis lepas, hari-hari keluar. So, tak salah kan extend satu hari. Lagipun Ma kakak kata tak pe. Hehe. Tak senonoh punya Cahaya. Takpe, macam adik kakak cakap, kalau malu, lapar. So, I tak malu, kenyang. =)

It had been a trip here. Vacation-kind-of. It's not a planned trip actually. Coz on Monday I was poisoned by this 2 fella-JB people to go down to JB. Me, thinking that this chance might not came up again, go call and pujuk pujuk daddy and mummy to give me the permission to go. And Daddy says can. Yay! So, we went for buying the ticket. And the journey starts on Thursday.

Friday, me and kakak went for Jusco Tebrau. Ada amanat sebenarnya. Nak pass pass barang orang. Settled.

Saturday, I went for engagement. Yang kat FB tu tipu je tu. Sebenarnya, kakak punya kawan engaged. Then, me and kakak and lagi her 3 friends went gaigai around JB. Taklah mana-mana sangat pun. We went for photoshoot at Masjid Sultan Abu Bakar. The cloud sangat cantik. Then to Hutan Bandar. Then we go for some snacking at Danga Bay. Haha. Jejak jugak kaki kat Danga Bay yang semua orang sibuk cakap tu. Yang kat tv bising bising tu. Pakcik gerai makan tu jual ABC panas. Urm. Sirap Bandung pula sejenis makanan kat kedai tu. Apa lah pakcik itu. Then, off to home. Thanks guys and girls. Sangat best~ Seronok bila tengok kakak and her friends, walaupun dah umur 23 tahun ni kan, still berkawan dari sekolah rendah. Macam yang orang lain selalu buat, 12 years and counting, yada yada yada. Me? urm. Kena fikir balik siapa still baik ngan I since sekolah rendah. Ada ada. =)

Sunday, we went for CS. Tempat budak sekolah dating tu. Tapi sebab nak pergi PERSADA juga sebenarnya. Ada exhibition keusahawanan. Teh terlibat. So, jumpalah Teh. Cis. Dia dah kurus. Sangat envy ok. Plus 23rd March tu birthday Teh. Happy birthday Teh. Dan dan dan, after berapa tahun tah, jumpa Kak Mel live! Silap. Dr Shasha. Bukan kat dunia maya. Ronda-ronda, I bought myself a box of shoe dan... NOVEL CINTA SUFI oleh pakcik RAM! Heaven! =)

Monday morning, we had our breakfast. And headed to TESCO. To find my lost star. Haha. Takdelah. Go buys groceries. THen, we went for UTM Skudai pula. Mula-mula dah hampir give up dah nak jumpa Syap. Tapi thanks to adik kakak, dapat juga jumpa Cik Syap. Dan Bro Bad. Dan dan dan, jejak kaki kat KP. haha. Dulu dapat datang jep. SO, dah tau dah camne adik ngan Een ngan Syap nya kolej. HIsh. Penyibuk betul Cahaya ni. And... emphhh!

Thats about the tour. Food food and food pula macamana? Firstly, I rasa sangat sangat sangat takut nak timbang berat. Walaupun it's just a number kan.

Kalau nak list out hari-hari I makan apa, memori full. Tak dapat nak recall. HIsh. Dah jadi pelupa pula. Tapi, what I remembered about the food Kakak's Ma and Mak Ti served are such as puding buah, laksa Johor, Soto, Pizza, Carbonara, roti+kacang poi(betul kah?), nasi kukus. I makan banyak ok. Tak ambil gambarlah pula. =P

Syukur Alhamdulillah. Thanks banyak2 to daddy and mummy yang bagi permission. To yang meracun. To Kakak's Family. To Kakak's friend. To orang orang JB yang meet me up. It's another sweet memory for me. Siapa yang tak suka kalau berjalan-jalan kan? =)

P/S : Tajuk tesis masih KIV lagi. haiyoooooo pelajar kertas kedua ni~





Terapi diri.

alam.

Pendahuluan : Entri ini dibuat kesinambungan ada kakak ni cerita pasal I kat blog dia. haha. 

Emo. Isu I suka emo tiba-tiba jadi cam isu besar lah pulak kan. Takdelah besar pun. Cam I je yang saje saje besarkan. Sejak dua menjak ni I senang sangat emo. Tak terbendung-bendung lah kan. Effect nya kat orang-orang yang dekat dengan I. Maybe, maybe lah kan they all boleh perasan. Siapa yang cam tak kenal I sangat maybe tak lah sedar pun. Atau they all tak sedar tapi saje je nak kenakan I cakap I emo. Haha!

Ok. Masalah yang sebulan dah dikepam-kepam tu kan, dah getting better. alhamdulillah. Even though bit by bit kan. Tapi it's getting better. And I like it. =)

Through out life, there are many ways in handling one's emotion. Macam-macam cara yang boleh buat sebagai terapi diri. Depends kat diri masing-masing. As myself, I have my own way.

The usual way, as a Muslim, berdoa, solat hajat, mengaji Al-Quran adalah cara yang terbaik sebagai terapi diri. Tenang pun tenang kan. Sebab bila mengadu kat DIA, kita macam akan meredhai apa yang berlaku. Dan ALLAH takkan uji hambaNYA dengan ujian yang tak dapat kita pikul. Kannn?

I ada my favourite people to share my stories with. So, kalau ada pape, I'll go for them. And I'm lucky enough mereka masih ada. Kadang-kadang, kalau mereka takde, I'll go for other ways to help myself out. 

 Such as, I myself, suka membusykan diri. Sebab tu sekarang ada kat southern. Merantau. Tengok tempat orang. Berjalan-jalan. Padahal hari Sabtu lepas baru balik dari 9th state. Lately, kalau stress ke apa ke, I'll end up stranded somewhere. Macam melarikan diri dari masalah sekejap. Tapi tu lah, melarikan diri bukannya dapat solve masalah tu. Kita still kena face it juga. Delaying kadang-kadang menjadikan keadaan lebih baik. Kadang-kadang juga menjadikan keadaan lebih buruk. Pandai-pandailah confront problems itu. As for me, being away makes me think back apa-apa yang dah jadi. And at least bagi idea juga of what to do. Merantau tak ingat nak balik rumah lak tu. Haish Cik Cahaya ni. Debush!

Dan alang-alang dah berjalan kan... Haruslah end up pergi mall. Lately, kalau stress dan pergi mall, I'll end up bringing back a box of shoes. Haha. Kasut kat rumah tu dah berlambak-lambak. Ada yang baru pakai sekali. Ada dulu beli Marie Claire punya palms, baru dua kali pakai. Sandal kelabu yang dulu beli masa pergi merayau kat Mid sorang-sorang tu, baru beberapa kali pakai. Ni dah tak pakai dah. Sebab sekarang mood bukan nak pakai kasut, sandals, wedges yang ladylike. Instead I wear shoes, snickers. Senang nak lari-lari. Tutup aurat pun iya juga. Tu lah. Girls my age semua pakai kasut tinggi-tinggi. Me? Hehe. Dah jadi macam sebaya dengan my sister yang 18 tahun tu je. Nasib baik saiz kaki sama dengan smaller sister. So, boleh bagi pinjam. Dan tak nampak sangatlah kan pembazirannya. *alasan*

Dan... Alang-alang kat tempat orang ni kan, tetamu ni dijamu dengan macam-macam jenis makanan. Kena pula Ma ngan Mak Ti kepada Cik Epa ni rajin masak. I makan melampau-lampau sangat kali ni. Selalu dinner awal. Jam 630 petang. Ni tak. Kul 830, kadang kul 10 malam still makan lagi. Lepas makan terus tergolek atas katil dah. Dalam seminggu paling banyak I makan 2 biji telur. Minggu lepas, 5 biji ok. Selalu, kalau I dah minum air, I dah tak makan dah. Ini tidak. Dah minum air, dioffer makanan lagi, I sebat jugak. Udang tak udang, sebat jugak. Padahal pantang tak leh makan seafood. Banyak pantang yang dilanggar ni. Nanti, balik umah kang, ibu tak bagi masuk. Sebab dah tak cam. Terasa jugalah kebesaran badan ini. Balik rumah nanti kena lari-lari lompat-lompat hari-hari ni. BAHAYA. Nanti jadi macam Giant susah. Tapi tu lah, memang kalau stress out, sometimes I'll tend to eat abnormally. Makan melampau-lampau. Tak hengat.


 Main pepsi cola pun ok juga. =)

 Another way is that, I like to make other people happy. Macam kalau tau someone tu sedih, padahal diri sendiri pun tak berapa stabil kan, I will go buy something bagi orang tu. Selalunya makanan lah. Then tengok mereka happy, I myself pun jadi happy. Seronok bila dapat bagi orang makan. Taklah kita gemuk sorang-sorang kan. Ok. Niat dah salah tu. Tapi, itu if and only if orang tu berada berdekatan. Contohnya cam orang tu satu kolej kediaman dengan kita ke kan. Atau satu U ke kan. Ini, I kat rumah, orang tu kat Kelantan, susah gak. Nak pos, boleh jep. Kalau bukan makanan, buku, novel pun jadi gak. Atau, as simple as a short message saying hye. Tu pun dah boleh help orang lain cheer up. So, I pun tumpang happy. Kadang-kadang, orang tak sedih pun I belanja je. Ajak siblings semua pergi movie ke kan. Hehe. Suka sangat berlagak kaya. Seronok bila tengok orang yang kita care tu happy. =)

Try to spot what's similar. *duh. so obvious kot*

Dan yang paling selalu juga I buat is, menyakat orang. Or go meet up orang-orang yang I sayang. Bergurau senda dengan orang-orang yang I sayang. Macam semalam lah kan. Berapa banyak tag daaa... Tapi time semalam tu memang menggila sikit. Bukan sebab ada masalah apa sangat. Harap2 orang yang ditag tu tak marah. Hehe. Cam tak biasa kena tag je kan. Selalu kot. Dan tiba-tiba semalam habis semua orang kena chak. Tapi tak sempat buat semua. Tak larat. Sekarang notti kat fb 100 lebih tak tertengok. Haha. Nakal tol. Cam takde kerja je kan. =P Tapi kalau I don't go meet u up tak bermakna your excluded. haha. Susah nak jaga hati semua orang ni. 

Atau... I'll go for cartoons. TMNT is one of my therapy. Pagi-pagi hujung minggu bangun awal. Then buat diri rasa puas hati sudah. Sebab even tidur lambat, yet still manage to wake up early in the morning. Then pergi mandi, have breakfast then watch the cartoon. And sekarang I really looking forward for Pocoyo. 9.00 a.m. on weekdays. Tak berapa pasti hari apa. But what I knew is that ada pada setiap pagi Isnin dan Selasa. TV3. Comel sangat dia ketawa. Bila dia ketawa dia tutup mulut dengan tangan. *cuba bayangkan.* comel kan? Told ya! =)

Tapi kalau I layan u baik pun, please lah jangan perasan lebih-lebih. Susah juga orang yang kuat perasan ni. =)

And above all, yang penting kan, have faith in ALLAH. I always believe that, everything is going to be ok in the end. If it's not ok, it's not the end. Macam dalam cerita fairytale. =)

I'm just sharing what I always do. Bukan sebagai seorang kaunselor ke, penceramah berlesen ke. Just because I like to tell stories. =)

2010-05-24

Rabu itu.

Salam.

Rabu itu, I kena marah kat KL Sentral. Dah lama tak kena marah gak ni. Ngan orang tu. Owh, Epa, U ketawa ea, I kena marah hari tu. I tak kisah. Ada junior I yang lain suka marah I juga. Dia kata, dia suka marah I sebab dia sayangkan I. Jadi, u alls, marahlah I banyak-banyak. At least I tahu u alls sayangkan I. Haha. Cam tak cukup kasih sayang je kan. cukup cukup. I dah dapat yang cukup. Haha. =P


Dalam happy happy rabu itu juga lah kan, I dapat 1 berita ni. Yang lama disimpan simpan dikepam kepam tapi tak taulah dah jadi pekasam ke belum. Tentang seorang sahabat ni. Yang tak boleh tahan nya, orang yang tak tahu pape tau dulu dari I. I orang ke3. Cis, murka I. Tapi takpe takpe. At least I tau jugalah kan. Akhirnyaaa, U gtau juga. U yang merangkap BFF I, sahabat, kakak, mother, semua semua lah kan. Moga U kuat. I tau U kuat. Tuf. Moga ALLAH beri kekuatan untuk U. Dan moga segalanya berjalan lancar untuk U. U tau kan I sayangkan U. =)

2010-05-23

Suara.

Salam.

Kusangka panas hingga petang, rupa-rupanya hujan di tengahari.

Akhirnya orang itu bersuara juga. Xtau kenapa, hujan turun lagi. Kenapa aku LR? Apa perasaan? Kenapa tak share? =)

Nak cakap, nanti salah cakap. Maka, lebih baik diam. =)

Semoga segalanya akan berjalan lancar. Untuk masa-masa yang akan datang. Selamanya.

Maaf usaha ku tak nampak hasil langsung. Rasa useless kali ini. Tak ada pun takpe. Tapi tu lah. Nak datang jugak kan. Sibuk-sibuk. =)





Dalam mana-mana keadaan pun, kalau orang tu betul-betul kenal anda, dia akan faham setiap tindak-tanduk anda. *hands off*

Dan aku kena bersedia dari sekarang. Sedikit demi sedikit. Berani buat, berani tanggung walaupun berat sangat rasa hati. Hidup ini penuh dengan risiko. Alwani, redhalah.









2010-05-21

Kenangan terindah.

Salam.

"Haih, anak dara ini. Tak melekat kat rumah betul. Cuti tak macam cuti. Malam-malam ada kat rumah pun, cakap kejap-kejap jep."  Mesti tu yang ibu ngan bapak cakap kalau they all bual-bual. Alwani, kamoo jahat!

Ye lah. Habis exam 4  Mei. Janji ngan smaller sister nak pergi movie 5 Mei. Tapi somehow tunda kata kat smaller sister, "kita tengok movie 16 Mei ea. Kakla rasa penat hari ini. Nak save energy untuk pergi n9 esok. Plus nak pos ada orang punya early birthday present". So, 6 Mei sampai 15 Mei dah burn. Menyibuk-nyibuk kat KMNS punya pasal. I suka sibuk-sibuk ni. Lantaklah orang nak kata apa kan. Then, 16 Mei keluar teman Mummy go visit small brother. Burn sudah 16 Mei. 17 Mei, ke S.A. pula. Jadi p.a. 18 Mei, keluar lagi. Pergi berurusan dengan bank, pejabat pos. 19 Mei pula, keluar lagi. Ada tournament boling. Kali ini, I tak dapat last. yay~ Walaupun 89 markah je kan untuk game tu. Tapi I suka. Hehe. Ok ok. Alhamdulillah. 20 Mei? Ke southern. Ada wedding. 30 Mei baru pulang ke pangkuan keluarga. Tak dapat nak sambut small sister balik. Small sister, u lah sambut I balik. Ok tak? =P
Nanti boleh pergi skateeeeee~

Then, tak tahulah PDT nanti boleh pergi ke tak. Mahu pergi. Tapi...emphhh! Tengoklah nanti macamana. Lagi-lagi cuti ni tak melekat kat rumah kan.
Hati berkata, boleh tak nak repeat balik 17 dan 19 Mei itu? =))

Dan dan dan I nak kena organize family day kat ganu pula. Tempat penginapan dah ada. Tapi xtahu mahu buat untuk 12 ke 89 orang. Rasa macam 12 jep. 12 orang sumbatkan kat bilik tdo ada 3, blk air ada 1, blk dapur ada 1, bilik ruang tamu ada 1..muat muat. =)


Sesungguhnya badan saya semakin membesar. Risau risau. Ambil gambar, rosak gambar. 

Kali ini macam tak membantu sangat fasi xtua pilih-pilih coz apply upu. Jarang YM sekarang. Tengah-tengah malam time I penat, tertidur, time tu lah U alls nak active 5 kan. Grrr~

Nak pergi Matriks Banting lawat Lena boleh tak. Nak tengok rupa matriks Banting tu. Smaller sister, jom! =)

Tak kisahlah macamana teruk pun sesuatu keadaan tu, ALLAH is always there. And selagi insan-insan yang saya sayang menyokong saya, I can still move on. Cuma, jauh di sudut hati, I always hope this one person to support me achieving my dreams dan apa-apa pun yang I sedang usahakan. Tenang-tenang selalu~ TTS. =)







2010-05-20

Zaman dolo-dolo.

Salam.

Tika dan saat ini kan, tiba-tiba terngiang-ngiang satu lagu ini. Lagu ini nyanyi sama-sama dengan warga PRS masa dinner form 5 dahulu. Ala-ala dinner farewell lah kan. Tapi, kalau U alls tanya kat mana dinner tu dibuat, I tak ingat. Sorry lah. Time tu tak ambil kisah langsung nama-nama tempat tu. Yang penting follow je. So, we alls yang PRS ni nyanyi lagu ramai-ramai. Sebagai persembahan. Lagu dari Nora. Renungan Terakhir. Tapi lirik dia we alls edit sikit. Eh, I tak terlibat edit lirik kot. I tolong sumbangkan suara jep. Alkisahnya, ada salah seorang PRS ni pun suka menyanyi. Nama panggilan dia pun dah dekat-dekat nama artis kan. So, adalah juga persembahan kami-kami ini. =)

Sampai sekarang I still suka lagu ini. Memang layan. Sebab kind of sedih kan. Eh eh eh. Mood bukan sedih sangat pun. Happy jep. Tiba-tiba teringat. Tak salah kan? Bawah ni lirik yang diedit. Tapi tak ingat sangat. Dah 5 tahun, beb.

Sebelumnya kau pergi 
Renunglah ku di sini 
Kerna mungkin terjadi 
Kita takkan bersua lagi 
Anggaplah pertemuan ini  
Bukan yang terakhir 
Dan tak usah 
Engkau tangisi
Atas perpisahan ini

Banyaknya kenangan
Yang manis tuk dikenang
Namun kiranya kata
Telah banyak mengguris rasa 
Untuk itu maafkanlah
Kiranya menggangu ketenagan 
Dalam hidup mu yang tak perlu kehadiranku (tak ingat part ini)

Oh teman...
Perlukah ianya terjadi
Hujungnya yang tak seindah mimpi 
Hanyalah igauan ngeri 
Memori yang bersatu
Mudahnya berlalu 
Mengapa begitu 
Perlu berlaku
Aku menerima 
Salam perpisahan 
Segalanya sebagai ingatan 
Biarlah impian kita digapai bersama

Mood : Nak jumpa SESERIans. PRS. U alls, baliklah malaysia cepat. Pastu leyh gi Ganu ramai-ramai. T_T

P/S: Sebenarnya adalah kaitan sikit dengan apa yang jadi semalam. Nasib baik tak emo lagi. Sikit je. lalala~ =P

2010-05-19

Today.

Salam.

 YES!!!

AIsyah : Jangan cakap yes, cakap ALHAMDULILLAH.

ALHAMDULILLAH. =)







SILENT READER. =)

Salam.



Hai silent reader~~~
Suddenly I felt like saying hye.
The traffic macam dari merata-rata. 

Neways, thanks for reading and supporting.
I hope you guys enjoyed reading my posts.
Walaupun macam merapu je kan.
And, sorry, I memang tak rajin upload gambar dalam post.
SUka copy paste yang google punya jep.
Kalau ada pictures maknanya, I rajin lah tu. 
Thanks again!
=)


PST 1011.

Salam.

Umum tahu yang I pergi ke KMNS selama lebih dari seminggu atas dasar nak membantu MSPB PST 1011. 
Serba-serbi dah diceritakan dalam post yang sebelum ni. Banyak yang nak dishare kan. Suka duka. Suka bila dapat bersama. Duka bila... emphhh! =)

Datang ke KMNS dengan perasaan yang sangat serabut. Masalah yang tak selesai-selesai. Dah berminggu-minggu, hinggalah hari ini. Emosi, jangan cakaplah, macam graf kosin, graf sin. Alangkah bagusnya kalau macam graf eksponen. Naik je tak turun-turun. lalala~

PST ni I lebih banyak simpan apa yang dirasakan. I bukanlah yang senang meluahkan bila melibatkan perasaan. Marah, kecewa, gembira, sayang. Tak mudah. Dan kali ini I Bertindak sorang-sorang. Silap. Tapi itu yang I mampu. Buat kepala sendiri. Tapi ada a few names yang I nak say thanks to. Especially Farah sebab jadi my p.a. dan rajin melayan I. sabar je dengan I. Adibah, yang rajin hantar message kata-kata semangat. Di saat2 I betul2 rasa nak putus asa. Tak lupa Aina dan Adik Iwan. Udean, sebab mendengar. Atie, Yufi, Azah sebab bertanya. Even I tak jawab soalan tu kan. =) Dan semua family fasi sebab terima I seadanya. Dan juga encik Sanchez kerana masih mengambil berat perihal diri saya.

Fasi kena fleksibel. Dan kali nii itulah yang I rasa. I dah merasa buat balik apa yang I suka buat masa Seseri dulu. Saat-saat I rasa sangat-sangat tak tenang. Dan harap-harap apa yang I dah buat balik ni akan jadi satu kegemaran untuk I sampai akhir hayat nanti. PST kali ini buat I rasa yakin semula buat perkara itu. Tak banyak pun takpe, at least sedikit. Dan perkara inilah yang buat I sangat-sangat rasa puas hati. Sebab I tercari-cari Alwani semasa Seseri, Matriks dulu yang dah lama hilang. Kisah gadis, kucing, aiskrim dan kuku yang lucu takkan dilupakan. =)

Terima kasih kepada yang jaga DSG pada malam bersama Alumni. Especially Pat dan Farah yang cam jadi p.a. I malam itu. =)

I betul2 tak boleh lupa saat2 buat gemuruh petang Khamis tu. Memang buat I rasa sangat sebak. Petang Jumaat, I realize something. BEtapa rindunya nak dengar ketawa Agon. Kelakar kan? =)

Pape pun, let be by gone. I tetap sayangkan mereka. I pun BANYAK buat silap kali ni. BANYAK. Maafkan I atas segala salah silap I. =)

Walau macamana sayang pun I pada family ni, satu hari nanti I kena lepaskan juga family ini. How I wish masa tu tak perlu sampai.



P/S: post ni emo semacam kan? Sorry sebab malam ni memang cam emo sikit. =)





2010-05-18

Shah Alam tour~

Salam.


Tersebutlah kisah. Ada kawan I, Cik Epa ni datang menumpang rumah I. Seronok beb. Bukan selalu ada orang nak datang tidur umah kan. Masa kat Matriks tengah MPPB lagi I dok kira2 bilalah Ahad nak sampai. Sebab Kakak tu nak datang. Finally, lepas kambing balik jugalah dia sampai pada Ahad baru lepas ni.

Alkisahnya sebab, dia nak hantar resume kat Ampang dan Shah Alam. Ye lah orang dah habis belajar kan. Bukan macam I ni. Belajar tak habis-habis. Main-main je tau. =P Ok, tersebutlah kisah, pagi semalam Kakak tu tak jadi nak ke Ampang. Rasa cam jauh. So, turun s.a. jep. Kat s.a. tu, adalah adik beradik we all ni yang dah standby. Seb baik jugalah dia pun free. Dan dapatlah melayan kami2 ni. Thanks udean. =)

Daripada nak turun southern Rabu depan, tukar plan ke Khamis ni. Dak dua orang ni lah. Mentang2 dua2 orang jb kan... Goda2 cakap pergi pergi. Haish. Dahlah I jarang turun southern kan. So peluang ni susahlah nak tolak. Baru balik umah dari MPPB, ni nak kuar balik. Ahad depan baru balik umah. Anak dara ni kan...


Daripada nak anta resume je, kitorang merayau-rayau s.a. Terserempak kawan Si Udean tu time solat Zohor.
"Diorang ni fasi"

"Ni ada gathering ke?"
"Takdelah. saje kuar sama2. Kitorang memang rapat. Kamcing."


Kalau nak fikir balik, macam tak logik jep. Sebab... Camne awak tu matriks yang setahun jep tapi ada senior matriks. Well, uniknya family fasi KMNS. =) Ni, family I bertambah2 lagi.

Balik umah, semalam memang sangat lambatlah. Kambing pun dah tidur.


2010-05-17

tiada.

Salam.

dah tiada dah.

semua.

dia mereka awak kamu.

semua.








2010-05-16

MPPB PST 1011 [1]

Salam. 

Tamatlah MPPB PST 1011 di KMNS.
Kalau rajin, akan adalah post khas untuk MPPB tu. Kalau tak, ni lah postnya. Tengok kesempatan masa ada ke tak.
I sekarang ni tengah kat rumah. Pagi ini dikelilingi family tercinta. Dengan suasana yang lebih tenang. =P

Compared to pagi semalam. Juga dikelilingi family. Yang tercinta. Fasi KMNS. yang sangat riuh. 

Lepas bbq semalam, pulang ke rumah. 

Kalau ikut plan dgn Fafau, nak balik naik komuter lepas bbq. Makan itu penting okeh~ Dah deal dengan adik2 bilik nak balik saing. Tapi somehow, plan berubah. Abg Man mo hantarkan. Tawaran yang sangat menarik dan tak dapat nak tolak. Last2 setuju juga. Thanks bro.

Around jam berapa tah, makin lama makin sikit fasi kat cafe tu. Sangat2 takle nak handle bila adik, n the boys nak gerak balik. Sebab sejak pdt 0709 kalau adik ada memang akan saing naik komuter dengan adik. Tapi kali ni tak. Sebak kot. Dah hujan sikit. Tapi tahan lagi. Tapi bila salam dengan farah, elly, terus burst into tears. Sebab awal2 tu janji nak balik dengan diorang kan. Dahlah kat bilik rapat dengan mereka dua ini. Emo. yes. Saya Emo kali ini. Elly cakap jangan nangis, lagi lah hujan. Tak pernah2 hujan depan orang, kali ni jadi cenggini lak. Ramai lak tu. Student pun nampak. Lantaklah. Sorry. tak dapat nak handle kali ini. Terlalu banyak yang jadi. However, para pensyarah puas hati dengan pengurusan kali ini. ALhamdulillah.

Fikirkan maybe ni tahun last jadi fasi. Ya ALLAH, camne lah nak lepaskan macam tu je family ni. SANGAT2 SAYANG ok! Dengan macam2 yang jadi, sama2 sokong masing2 membuatkan bond tu lebih erat. 

Sampaikan Awal2 tu Azah tanya, "akak ok tak? Napa kali ni akak tak seceria tahun lepas?" Masa kat cafe semalam pun Yufi tanya "akak ok ke tak? Sorry for everything. Kali ni akak memang nampak moody sikit. "

Dan dalam kereta ngan abg Man ngan Fafau, I burst into tears lagi. A long one. Banyak yang tak tercakap. 

Semalam masa berkumpul pun, bila sampai part ada fasi yang nak balik tu, memang dah nak hujan dah. Tapi bertakung jep.

Mungkin juga perasaan emo ni timbul sebab kali ni ku bertindak solo. Dan macam boleh nak bertegur sapa dengan semua orang. Baik dengan yang bertudung labuh, dan yang bertudung biasa, lelaki, perempuan, tua, muda. Dan cara penerimaan mereka terhadap diri ini sangatlah seadanya. Syukran. =)

Jumaat malam, ada adek ni message. Sebak.
Jika semalam, jalan yang kita tempuh terasa sukar,
namun kita berjaya jua melaluinya dengan pertolongan dariNYa...
Jika hari ini kita rasakan jalan hidup terlalu sukar diTempuhi, 
maka yakinlah ALLAH bersama2 kita ketika ini.
Jika esok, kita lihat lorong2jalan yang penuh duri,
percayalah pada ALLAH dengan pertolonganNYA yang akan tetap bersama-sama kita esok...
Moga ALAH permudahkan segalanya.

Dan kali ini, mood nak masuk gambar kurang. I bet, tak byk gambr ku. =P 

Malam semalam, sangatlah flat. Daddy ajak tengok ikan kat Majalah 3. Tapi tertidur. Last2 masuk bilik. Tidur macam taknak bangun. Plus MPPB kali ini, kaki ku beberapa kali kejang. Selasa, Khamis. Banyak sangat jalan2 nih. Mood makan pun beberapa kali hilang. Tapi esok dan esok dan esok mo jenjalan lagi. Dan hari ini sampai khamis ada tetamu. best best best~

Pape pun, Sayang kalian!!! SANGAT! xoxo~

2010-05-09

Rose ball itu.

Salam.

ROse ball dah sampai.

Khamis lepas.

Dan orang itu terharuuuuu~

I kan sayang kan u, Cik Aina.

=))

 

Live dari n9.

Salam.

Jeng jeng jeng...

Ok. Semalam semangat sangat nak buat post kan. Tiba2 pagi ni blank lah. Haih. Idea oh idea~

Berjaya juga online. Sekarang ni I dah selamat di n9. Ditemani adik-adik tersayang. Tengah kat banquet ni. Ada Pat kat sebelah. Ngan Fafau, Fara. Bodyguard sementara. Haha.

I sampai Khamis lepas. Planning nak pergi Rabu. Tapi memandangkan mengalami kesakitan kepala, I taknak endanger diri I. Nanti kalau I pengsan ke apa2 kan, masuk berita glamor lak. Hoho.

Awal2 plan, yang xmuda- I, udean, boolat, adik, pat nak ke sgor. Tapi last2, termelencong ke n9 lak. Dah sampai n9 ni sah2lah kan susah nak kuar balik kan. =)

Serius. Khamis, Jumaat ok lagi. Semalam, lepas tengahari down. Sangat. Mood hilang. Alwani!!! Bersemangatlah. Tapi malam semalam, bual ngan Aina, dah jadi ok dah. Especially lepas Aina cakap kite suka wani punya style. Gembira~~~ Semangat balik. Somehow semangat ni kejap naik kejap turun. macam graf sinus, kosinus. Harap2 untuk hari ni hari2 seterusan cam graf eksponen dan log. Walaupun dapat satu berita kan tadi. Dan memang hampir2 hujan. Mungkin juga semalam cam down sebab semalam tiba2 rindu kat seseorang yang ada masa pst tahun lepas tapi tahun ni dia takde. Seronok orang tu dok kat umah kan. Tengah bercuti kan. =)

Takpe2. Beberapa hari lepas ada rasa macam ni. Pastu msg Aina cenggini. Kadang2 kan, walaupun tak bercakap tapi bila nampak orang yang tersayang di depan mata, rasa macam sangat2 heaven. Walaupun, dalam hati ada duri2 kan. Aina tahu ke siapa? I taknak cakap betul ke tak. =P

Kali ni I jaga pendaftaran. Dan semalam, a.k.a. Sabtu adalah hari pendaftaran an amount of ex-PDT students. Tak ramai so tak masalah sangat kot.

Sorry sangat2. Cerita berterabur. Blank nak susun cerita camne ni. Hohoho.


Dan dan dan kepada yang bakal mendaftar esok, wishing ya all, All the best. =)


Jangan marah senyum selalu. Sebelum marah sengih dulu. Eh, jangan sengih dulu. Sengihlah sekarang. =)



Betulkan yang biasa, biasakan yang betul yang baik berterusan.





 

2010-05-05

surprise~ [2]

Salam.

Surprise itu sedang dalam perjalanan ke tempatnya... Ke dah sampai? Jeng jeng jeng.




Untuk siapa?
=)


apa dalamnya?



Hari tu pergi mall cari daalah ni lah. Sampai2 umah, fikir2, tengok balik gambar kat profile picture cik Anggun tu baru sedar, yang dia pegang tu dari riben. Macam boleh buat sendiri jep. Yang ni kedai punya. Kalau siap buat sendiri, I upload kat sini. Tapi boleh start buat lepas MPPB. So, lambat lagi lah. Nak try buat. Nak try buat! 
Nanti boleh jual~~~

 Harap2 dia suka. =)





Saya sayang awak, awak tau tak?

Salam.

Saya sayang awak. Awak tahu tak?



Saya dah tak tahu macamana lagi nak tunjukkan pada awak yang saya sayang kan awak.

Saya tak mungkin akan belikan awak pulau untuk awak diami.
Atau belikan awak rose ball.
Atau belikan ipod itouch.
Atau belikan jersi original Arsenal.
Atau belikan beg camping yang besar2.
Atau carikan awak kasut yang hilang.
Atau hantar awak buat pembedahan liposuction atau buat satu gym dan sediakan trainer peribadi untuk pastikan perut awak dah tak buncit.
Atau buat kenduri yang jamu nasi minyak semata-mata sebab awak mengidam.
Atau isikan akaun bank awak dengan trillion dolar UK.

Atau pergi lawat awak hari-hari.
Atau pergi cari Hlovate.
Atau pergi cari CIA atau FBI untuk trace awak kat hospital mana supaya saya dapat lawat awak walaupun awak tak bagi sebab saya teringin sangat nak jumpa awak.
Atau pergi majlis graduasi awak.
Atau sediakan modal dan surat-surat semua untuk perniagaan awak.
Atau pergi jauh-jauh dari awak sebab awak suruh saya pergi jauh-jauh.
Atau tolong carikan gadis/jejaka sebagai teman hidup awak.

Tak. Saya takkan(mampu) buat semua itu.

Tapi apa yang saya dapat buat hari-hari adalah doakan supaya awak sihat dan bahagia selalu di samping keluarga yang tercinta.
Dan saya doakan kita dapat berjumpa semula di SYURGA ALLAH yang kekal abadi di akhirat nanti.

Saya nak awak tahu, walaupun saya/awak tak message atau call atau jumpa atau waiem awak/saya sehari, dua hari, seminggu, dua minggu, berbulan2 atau bertahun-tahun sekalipun, saya sayang kan awak.

Tak bercakap tak bermaksud benci. Saya memberikan awak peluang untuk rindukan saya. Sebab saya rindukan awak. =P

P/S : kalau awak baca, post ini untuk awak juga. =)




Tak tahu nak tulis apa.

Salam.

I want to write a post today. Malam semalam sebelum tidur dah dapat banyak idea dah. Tiba2 pagi ini blank. Dengan ada a few draft tak siap2 lagi. Urm. dah nama nya draft kan. So, tak siaplah. Am I right? 

Keputusan dah final. Kami akan serang n9 beramai-ramai ikut suka hati masing2 nak pergi bila. Ok. Bukanlah ikut suka hati. Tapi ikut kemampuan diri dapat sampai seawal bila. 

Rasa semangat macam nak pergi hari ini. Tapi rasa penat. Sebab semalam pagi exam. Tolong Che Qah angkat barang. Then g mall. Cari barang sikit. Jumpa barangnya. Tapi... Tulah. Ok ke tak barang tu tak taulah. Tengok, ambil, dan beli. Dah ambil gambar barang tu dah. Tapi ambil guna kamera fon jep. Tak terambil Nacho(Nikon) lak. Hehe. Petang dalam jam 6 baru sampai umah. Pastu peningkan diri pasal n9 ngn S kejap. Tah kul berapa tah tertidur. Lagipun barang tak kemas lagi. Yufi nak bertolak dalam kul 12. Nak angkut satu wardrobe ni. Tu yang barang tak siap kemas lagi ni. Tu lah. Lain kali, nak wat pape jangan ajak2 orang. Bawa diri je. Kan dah pening kena pikir status kawan2 lak. Abg bad kata semalam, wani, udean, akmal ngn pat dah settle. Leh datang. Urm. Cik Kiah kita camne yep? Dengan tiba2 dapat msg dari matmu lak. Matmu ni pun satu. Orang tanya banyak2 kali dulu taknak jawab. Orang siap taip bawah tu alwani. Rasanya nama Alwani ni rare kot. *perasan*

Haha.
Mood :Surprise! haha. esok baru boleh cakap macam ni. Cepatlah esok. Esok 6 Mei 2010. 

Bila ada banyak unfinished business, rasa tak tenang je. Cepatlah selesai.

Tak sabar nak pergi n9. Nak serabutkan diri tentang mppb lak. =)

Jom tgk alex bc twilight!



How I wished.

Salam.

Eventhough I always said to myself, things are ok. 
I'm doing good. 
Life's going to be great. 

How I wished,


that we talked.



Yuna : Missing Star
I can never really tell you why
I've been missing you a lot
And I just have to take another look of your photo in my wallet
Ad there's no reason why I keep your tshirt by my side when I sleep
Pretending you were never really gone

Its like a missing star that always ends up in your sky
Its like the rainbow never comes after the rain
Its like the sun never rises in every of your morning
How am I supposed to live without those things
they are all you



You can lie to everyone else but not yourself.

=)

My star is missing.

2010-05-04

surprise~

Salam.

Dah lama dah tak buat surprise.

Sedang sediakan surprise untuk insan tersayang ni.

Tak sabar nak tunggu time tu sampai and kata surprise!

Dengan harapan insan tersayang itu suka. Suka Sangat.

Esok nak sambung projek surprise ni.

Nanti ada masa, I upload surprise tu kat sini ea.

Dalam few days ni je pun.

Tak lama.

Tak sabar!

I pula yg rasa teruja.

Sangat2 teruja ok!





tiba tiba kan...

Salam.



tiba-tiba kan...

saya rasa terluka.

jgn tanya kenapa.

sebab ia tiba-tiba.

=)



4 mei 2010.

Salam.

Jam komputer menunjukkan 1217 pm. Bermakna, I dah abis exam dah. Perasaan? Nanti I buat post khas untuk exam ni.

Sekarang ni, nak pergi tolong Che Qah angkut barang2 dia. Then pergi Mid. Nak makan Pizza. Tah napa tah rasa nak makan pizza. =) Then nak pergi kedai itu. Yang jual barang cantik. Dan beli barang cantik tu. Nak bagi orang. Tapi kena bagi by this week. Kalau tak sampai kat tangan dia hari ni, esoklah nampaknya. Sebab minggu depan busy. Kepergian kematrikulasian ke manaan pun ku taktahuan. Haha. ~

Nak pergi kedai cantik. Nak pergi kedai cantik. =) Nak makan pizza. Nak makan pizza. Siapa nak ikut? Lalala~

2010-05-03

Antara S dan NS.

Salam.

May is always my favourite month. Besides December. Because... In May the will be the orientation week for matriculation students. And since I graduated my matriculation in KMNS, i've been going back there each year to help(lah sgt kan) out with this orientation.

SOmehow, for me this orientation becomes complicated. A bit. There's this order where the elders are going to help out in Selangor Matriculation which is going to be their first batch this year. It might be a relief thinking that KMS is in Selangor so there's this mind set saying it might be nearer. Might. I don't know how near it might be.

Somehow, last week something else turn up. The name list for NS's faci is out. and my name is in it. When I heard that the not-young faci's must go serve at KMS, I felt kind of disappointed actually. Because I made myself this small promise. But somehow, I redha. And I went find some friends to help out in KMS also. But when the list came out. A small chaos happened. And I can't focus much in my exam. AGAIN. Because my name is at KMNS whereelse I invited my friends to go help out in KMS.

So, I redha again. KMNS pun KMNS lah kan. THen, there's this offer saying whoever wanted to go KMS, u can start giving details ASAP. THere it goes again. I gave my details. Yet, somehow our going to KMS is not confirmed yet. My big brother told me something that means this. "kalau wani nak berbakti, pergilah KMNS. Tapi kalau nak pertingkatkan diri ke, pergilah KMS. Tmpt baru."

Urm. Last night I have this short chat. Suppose that I went sleeping. Dah cakap goodnight kat orang lain. Tapi pergi tegur orang lain pula. Bual2. Sekarang saya bingung lak. "Kalau nak berbakti, pergilah KMNS". Ayat abang tu ulang2 dalam kepala. Dan bangun pagi ni tu yang terfikir. Sekarang, it's not about how fun it might be. But it's about how much you can give. And responsibilities. Kalau nak ikut kepala sendiri kan, memang akan pergi sana. Plus, Udean n boolat tak kisah ke mana2 pun. Tapi sebab ada ajak kwn2 kan... Urm................................................

Betul ke Kolej Matrikulasi Selangor dipanggil sebagai KMS? Sebab Kolej MARA Seremban pun KMS. Laaaaama dulu sampailah sekarang ni.



2010-05-02

Bila Cik Anggun tag...

Salam.


Tersebutlah kisah. I kena tag dengan Cik ANggun. I tak rajin part tag tag ni. Tapi sebab I sygkan CIk Anggun ni, I buatlah juga. =)




1.- Adakah anda rasa HOT???
I? hot? Kalau hot tu temperature nya berapa ea?

2 - Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!


3 - cerita pasal gambar?
Hohoho. Cam cakap kat diri sendiri suruh kuat macam gajah. Hiyargh~

4 - bila kali terakhir anda makan pizza?
Urm... bila yep. masa kuar ngan yufi beli kasut suatu masa dahulu kot.

5 - lagu terakhir anda dengar?
Hakikat bahagia-UNIC. tah berapa kali tah ulang2 kat imeem nih.

6- selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
semua nama yang dipanggil tu dari nama sendiri.
tapi tak sama nagn nama sendiri.
fam : kakla
cahaya & noru : adaptasi dari nor.

7 - tag lagi 8 org
  1. tyanoty
  2. sizuka
  3. seroja
  4. sasa
  5. ain amir
  6. kembarakertaskosong
  7. cahayakebahgiaan
  8. adelin uk

9 - siapakah org no.1 kepada anda?
kanak2! nama pun noty. maka, noty lah dak kecik nih. seorang junior. seseri. byk kot similarities. cam lahir bulan dis.



10 - katakan sesuatu mengenai org no.5
sesuatu? vogue! cikgu vogue. hehe. my exrumet masa matriks. serius laaaaaaama gila hangout dgn dia. padahal satu ukm je pun. last time masa jog kat stadium kot.

11 - no.3 ada hubungan dengan siapa?
dengan family dia. haha. tak sempat intebiut hari tu. =P

12 - bagaimana pula dengan no.4
urm. muka nampak garang+serius. tapi...don't judge the book by it's cover. junior yg best~

13 - pesanan kepada orang no.6
kerja leklok. jangan nakal2. =)

14 - kata2 cinta untuk orang no.2
saya cinta awak? haha. ghaaaaaaa. wo ai ni.

15 - adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
ada ada. dua2 belajar kat ukm. tapi tak pernah bagi mereka jumpa. ambik coz bio bio. =)

16 - berikan 5 perkara yg anda tau tentang org yg mengtag anda
siapa tah cik anggun nih. haha. =P
  1. Dia tengah sibuk nak cari rose ball. Siapa2, belikanlah untuk dia. Kasihan saya tengok dia.
  2. Kalau dia sangat2 nak makan something, tak kisah untuk belanja orang lain asalkan hajat dia untuk makan yg dia ngidam tu tercapai.
  3. kalau dapat mic, mmg susah nak lepas. =)
  4. lappy dia sakit.
  5. sayangkan saya. haha. =)

17 - persamaan antara KAMBING dan LEMBU?
huruf ke3 ngan ke4 sama. =)

18 - perasaan anda wat tag ni?
teruja kot. dah lama tak wat tag. haha!

19 - adakah anda tau si razman itu sengal?
apakah?

20 - a)GAY or b)LESS
gay tu nickname gayah ea? less tu utk kurgkan harga ea?

Masa menjawab sudah tamat. Tahniah kerana berjaya menjawab. Terima Kasey!!



You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681