Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Al-Baqarah 2:45

2010-10-31

Survivor.

Salam.

NTV7 tayang the new season. Kali ini 10 fan Vs 10 peserta Survivor yg mereka minat dari season lepas. I'm not a fan of Survivor. Dulu First Season tengoklah. Tapi dah lama tak follow. At Macronesia. Mana tah tempat ini. Pakcik Google, sila beritahu saya. Thanks.


Good news.! E5 yang di lelong.com itu dipanjangkan lagi tempoh untuk beli. Alah, belikanlah. Tak sampai seribu pun. hehe.

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.







2010-10-30

Yup. I'm sure.

Salam.

Everything will be fine.

Everything will be o.k. in the end. If it's not o.k. it's not the end. This is what we call faith. Prayers.



Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.



2010-10-29

edisi marah dan membebel.

Salam.

Pagi tadi dapat good news. Tapi ni nak membebel panjang panjang.

Penat lah weyyy. Penat.

Macam tegur tanya semata mata nak tanya bila nak kahwin. Awak yang nak kahwin nikah, ada anak, awak pergi lah. Dah ada boyfriend, tunang, siap tempek tempek gambar kat efbi lah waiem lah fs lah bagai sume pastu dok tanya tanya orang pula. I nak nikah, kahwin, ada anak nanti I bagitahu lah. Tak sabar nak makan nasi minyak? Gi masak lah. Tak pun gi kedai makan. Tak sama... Nak yang orang kahwin punya. Awak lah pergi wat walimah. Awak makan. Ha kan dah setel. Nak orang lain punya? Tu yang kawan kawan mak awak punya anak sedare jiran rumah hujung kampung tu buat majlis walimah awak pergi lah ea... Hilang juga rasa mengidam awak tu. Haha. I wat walimah, jamu choki choki je. Ha kan. Dah kuar idea merepek repek. Sorrylah. Penat lah jawab soalan ini.

I nak kahwin? Mestilah. Siapa yang bujang tapi taknak nikah kahwin berkeluarga semua...? Alah, kalau ada yang cakap taknak tu, korek korek hati tu, mesti tulis yes, nak punyalah. Tak caya? Tak caya, sudah... Tapi bila I nak nikah kahwin? Kan I dah cakap kat atas ni. Sila baca semula.

Kecil hati betul. Dah lama tak contact tanya khabar, tup tup soalan cepumas terus tanya. Kot kot tak sabar nak tahu jawapan soalan emas tu, tanyalah dulu, family sihat ke. Dah kerja ke belum. Ada fi interview ke tak. Kalau belum kerja lagi, bagilah kata kata semangat, "Adalah rezeki kat mana mana tu." takpun, "Usaha tangga kejayaan" ke... Ingatkan doa banyak banyak pun okay.

Ok ok. Saya tak patut expect any of these. Berkawan biar ikhlas. Baik. Tak mahu marah. Just... Kalau ada lagi orang tanya macam ni kalau bagi dia satu sepakan boleh tak? hehe.

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.


P/S : Sorry sebab tiba tiba gaya penulisan macam bukan cik cahaya yang buat, Emo punya pasal. People do stupid things bila marah. This is one of it. Hehe. 

2010-10-28

Ingat ingat.

Salam.

Sekarang ini rasa nak pergi culik Lola daddy. Then pergi masuk hutan. Stay situ sampai 29 nov. Okay. Sampai 28 Nov. Nak campak fon. Nak campak Belle. Eh, tak boleh campak Belle. Nanti kerja tak siap. Buat itu salah. Buat ini salah. Tak buat pape pun salah juga. Sebab orang ingat kita buat. 

Semalam I bake bake cake. Hehe. Sangat manis. Semangat okay nak bake bake padahal kerja tertunggak berlambak lambak. Makin due makin taknak buat. Nak hantar balik kerja kat orang yang bagi kerja boleh tak? Bos, saya tak jadilah nak buat kerja ini. Nah.! hehe. Kalau kat hutan boleh tak bake bake cake? Nak cari tanah buat chalet kat dalam hutan lah. Kalau dekat dengan air terjun okay juga kan kan kan? Hari hari mandi air terjun, mesti habis tinggal tulang je. Wuhu.! NI gara gara pergi tengok gambar ada kawan adik ini. Dia pergi ambil gambar scenery. Dah lah gadget kamera dia macam, boleh nangis lah tengok. Expensive hobby mummy kata. Rasa macam nak masuk dalam scenery tu je. Nasib baik belle ni kecil je. Dan dalam real world. Kalau dalam imaginary, hehe. Habislah. 

You know, when you have problems in relationship with anyone, I mean friends ke, family ke, special friends, siapa siapa lah kan, it only means one thing. 
“When Allah take your friends away from you, it simply means that He wants you to be closer to Him.”

I don't remember where I found this quote. Tapi betullah kan? Macam kita terlalu sibuk into macam orang sekeliling, kita lupa tentang DIA. Check balik relationship dengan DIA. 

jagalah hubunganmu dengan Allah, Insyaallah Allah akan bantu kamu menjaga hubunganmu sesama manusia...

 you should know what it means by love
for whom the love should be
then you'll get the love you want


Sekejap ingat. Sekejap lupa. Lupa bukan alasan. It's something yang kena difahami. Bukan macam faham sekarang, then pergi buat benda lain, then lupa. DIa macam kena continuously faham. If you want to understand something, you must do something. So, dalam keadaan ini, think. 
 
Okay. Someone is coming to KL. Kena fikir macamana kalau kena hantar dia balik kat Pudu macam hari itu. Anybody boleh teman tak.? Nak upah bodyguard mana ea...think think. Hendak seribu daya.






Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.
 




Overdosed.

Salam.

Yesterdayyy, I main bake bake cake. Hehe. bake bake pun main main okay. Macam kalau jadi, good. Kalau tak jadi, buat lagi sampai perfecto. =)



kukus. link resipi.
Kek Horlicks. Kukus. Actually, kena letak pewarna green. Tapi I don't want to. So the colour cam colour air horlicks lah. hehe.

Overdosed dengan sugar, susu pekat manis, telur, butter. Sekarang? Sakit kepala. Semalam tak boleh tidur. hehe. Overdose punya pasal.  Tapi timbang berat, berat tak naik so takpelah kan? hehe.

Nanti nak buat lagi bagi orang. Ni baru first attempt. Dalam 2 weeks time. =) tak boleh letak smiley. Sebab nanti ada orang kata smiley ini fake. hehe. Ketawa boleh tak? Daddy kata, kalau tambah raisins, nanti jadi macam kek rebus maklong. Tadi bual bual dengan abang pa. Tak sempat nak cerita pasal bake bake cake. Rasa seronok. Ada cousin. Hey people, I ada cousin.! Suka. <---- ni tak fake.

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.










2010-10-27

Nak ni.!

Salam.

Saya bukan materialistik. Ini adalah normal. Sebab manusia akan tertarik dengan perkara yang cantik cantik. Jadi saya normal dan bukan materialistik.

Nak ni.!
Please please please. Siapa siapa tolong belikan. Hari itu ada kawan nak rose ball dia post kat blog, dia dapat rose ball. I nak yang ini. I post kat blog so boleh dapat lah kan...? Hehe.

Nokia E5

You alls kan sayang kan I. hehe. =))



Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.




2010-10-26

Funny,

Salam.

Saya dikelilingi orang yang funny.

Sorang mengadu tak suka poison.

Sorang mengadu penat baca buku.

Sorang mahu jadi artis dan tukar nama dekat dekat nama artis.

Sorang itu... Sorang ini...

Sebenarnya mereka just nak mengadu je. Layan aje lah kan? Mungkin mereka stress. Well, hidup sebagai pelajar, memanglah. Assignments. Tests. Quizzes. Presentations. FINAL EXAM.

Kalau yang bekerja pula, boleh jadi stressful juga. Kena marah dengan bos. Colleagues. Rutines. Tapi, bila dapat gaji, tambah tambah kalau dapat bonus, huih... heaven... Urm. Tak tahulah nak kerja apa. Tunggu jelah nanti ye. hehe. =)

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.





Banyak betul.

Salam.

Banyak betul perkara yang terjadi. Antara nak share atau simpan sendiri sahaja.


There is this one point, I am tired of proving to people. Telling people. Saya tak suka janji. Saya lagi suka show dengan actions saya. Nanti kalau saya cakap, saya janji, then saya tak tunaikan, saya dah dosa. Itu satu hal. Nanti saya lukakan hati orang. Itu hal kedua. Nanti saya lagi luka sebab saya dah lukakan hati orang. Itu hal ketiga. Saya paling takut hurt orang orang yang saya sayang. Sebab saya tahu betapa sakitnya rasa hurt itu, saya tak mahu orang lain rasa. Lagi lagi kalau puncanya ialah saya.

Macam mana pun, I just don't wanna give up. If it takes forever. Cuma, sampai satu ketika, I'm out of words. One of my passion is helping people. Macam therapy for me. Kadang, tak dapat tolong pun, tapi kalau dapat dengar, maybe at least people sedar yang there is someone out there who is willing to listen. Tak kiralah tentang apa pun. Bila bila masa pun. Saya cuba sedaya upaya.

Do I really have changed?


Mari buat perkara yang boleh buat kita gembira.. ngehehehe. *evil laugh*  Bapak, jangan marah naaa. =))



Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.








2010-10-25

Tak mahu menangis.

Salam.

That girl msg kata dia sakit. Sakit belakang. Sampau tak boleh tidur. Apa yang saya boleh buat? Airmata dah bertakung dah ini. Saya tak boleh tahu dia sakit. Nanti akan restless. Nak pergi jumpa dia dia tak bagi. Saya tak tahu pun dia di mana. Entah entah bukan di Malaysia pun. Sebab pernah dia kena pergi treatment di Singapura tapi still dia boleh text.

Ya ALLAH, berikanlah dia kekuatan. Doa banyak banyak. 

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.



2010-10-23

Dah jadi Mummy. hehe.

Salam.

Soalan glamour : Bila nak kahwin, ada anak...?
Jawapan : Ni dah ada anak dah. Anak tekak, anak mata, anak rambut. hehe. =)

Tak tahu kenapa. Macam suka sangat post tentang kahwin, lelaki, perempuan di FB. 

Hari hari pun tanya Mummy, "bila nak pergi hantar bantal?" hehe.

Macam seronok je ada anak kecil kan? Rabu lepas, setelah entah berapa lama rumah ini macam dah tiada bunyi anak kecil, riuh rumah ini jadinya. Bukanlah I kahwin senyap senyap and then ada baby. Takkkkkk. Just kawan mummy datang nak belajar dengan mummy. Tiada siapa nak babysit anak anak dia, So dia bawalah ke sini. Dua orang. Abang and adik. Adik dalam 2 tahun. Abang... Urm 3 tahun kot. Tak sure pula. Lagipun di rumah ini ada saya, Kak Ani boleh tolong jagakan sementara mummy baby itu study kan. Saya turun bawah lambat. So, ice dengan adik tu macam lambatlah break. Lagipun ada masalah sikit hari itu. Jadi pergi settle masalah baru macam kacau kacau beradik itu. Yang si abang dok jenguk jenguk di pintu bilik. Sorrylah abang, kakak busy sekejap. Dua orang je. Tapi meriahnya macam ada berapa ramai entah kanak kanak di rumah ini.

Then sebelum hantar mereka balik cuba cuba lah berbaik dengan si adik. Mula mula macam dia malu dan takut. Takpe. Biasalah kan kanak kanak. Abang pula sibuk kata,"Dah lambat dah ni." Tak tahulah dia nak kejar apa. Ketika itu pula adik sibuk minum air koko yang Kak Ani buatkan. SIap tak mahu share dengan abang dia. Sedap sangat kot. Habis tumpah tumpah baju.

Saya sibuk sibuk ikut mummy hantar kawan mummy dan anak anak ke rumah. Dalam perjalanan, riuh kereta. Belok sikit, "wooooowww". Bunyi macam kerete racing itu. Then bila mummy lalu bonggol, "Adoih. Adoih." HEhe. Sampai sampai rumah kakak itu, dia muda lagi, Umur dalam 27. Sampai rumah kakak, Mummy sibuk tengok kain apa entah. So, sayalah yang kena melayan kanak kanak berdua kan? TIba tiba adik itu sua tangan mahu saya angkat. Abang pula ajak naik ke atas. Bilik mainan mereka. Si adik sibuk masak dan suruh saya rasa. Abang pula sibuk tunjuk semua mainan. Kereta itulah. Bola lah. Apa yang macam organ yang letak battery then tekan tekan keluar bunyi itu. Ha. Yang tu juga. Semangat, kan? Pening nak layan tak tahu mana satu nak dengar. Dua dua pun nak cakap nak cerita. Duduk depan tv, abang tunjuk semua CD yang ada. Kartunlah kan. Then dia pilih cerita UP, kata pada Mummy dia kakak nak tengok. DI rumah dah berapa banyak kali dah tengok. Sambil dukung si adik, I dengar dengar ibu bual dengan kakak. Tiba tiba macam dah tak tahu apa mereka bual sebab layan abang dan adik tengok UP. Dah nak balik dah ni. Saya lambai pada adik itu. Dia lambai Mummy dia. Kata nak ikut kami. And toleh pada saya, "Mummy, nak ikut." Eh, tiba tiba sahaja dah ada anak. Hehe.

I dah ada anak, Hehe, Kakak itu tertinggal bantal anak anak di rumah ini. Mummy, bila kita nak pergi hantar bantal? Hari hari saya tanya. =)


Ya ALLAH, aku sayang kan dia dan mahu membahagiakannya. Kerana dia juga hambaMU sepertimana diriku juga hambaMU. Temukanlah aku dengan dirinya Ya ALLAH.

Tadi macam rasa sedikit sedih. Sebab tahu ada one of my loved ones ini tengah serabut, tak okay. Kalau jumpa bukan cakap pun. Segan kot. Sebab masing masing dah besar. Dulu kecil kecil selalu main sama sama. Tapi still ada juga tanya khabar. Just tak bual sangat pasal personal life. Saya mahu dia gembira. Saya mahu dia success. Ya ALLAH, berikanlah petunjuk kepadanya. Peliharalah dia, Ya ALLAH. Moga dia sentiasa dilimpahi rahmatMU.


Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi.


Usaha doa tawakal.


2010-10-21

Bila dia bertanya.

Salam.

Perkara ini dah lama berlaku. Malam 1 Syawal jika tidak silap. 1 Syawal 10 September. Kira perbualan ini berlaku nak masuk 2 Syawal lah. 

Ketika itu, sahabat ini, berlainan agama dan bangsa menegur. Semoga ALLAh s.w.t. membuka pintu hatinya untuk menerima Islam. Amin. Dah lama juga tidak berbual-bual dengan dia. Bertukar tukar cerita tentang kisah masing masing. Satu yang saya sangat suka bila berbual dengan dia adalah kerana, kami berbual dalam bahasa Inggeris. Sedikit sebanyak boleh perbaiki BI saya yang boleh dikategorikan sebagai 'hancur'. Yalah, di dalam kelas dahulu pun, jika berbual dengan yang berlainan bangsa ini, saya berbual dalam BI tetapi mereka jawab dalam BM. Maka jadinya, saya menggunakan bahasa rojak. Saya tidak punya ramai kawan, sahabat, yang berlainan bangsa dan agama. Entah bagaimana, boleh pula berkawan lama dengan dia.
Pada awalnya, perbualan lebih kepada, perihal diri. Kisah sekarang, apa yang dilakukan. Kerana sahabat itu sedang bekerja di sebuah syarikat yang memerlukan dia banyak ke luar negara. Menarik, bukan? Tambahan pula dia seorang lelaki. Jadi, mudah juga hendak ke mana mana. Boleh melihat tempat orang. Di samping melaksanakan amanah yang diberikanlah. =)

Lama kelamaan, perbualan menjadi lebih berat. Masing masing memberikan pendapat masing masing. Sehinggalah suatu ketika, dia mula bertanyakan tentang Islam. Saya mengalami sedikit masalah dalam memberi penjelasan kepadanya tentang Islam. Lantas teringatkan seorang blogger yang pernah juga bercerita pengalamannya ditanya tentang Islam. Topik yang diutarakan adalah topik yang biasa ditanya oleh penganut agama lain. Namun, bila dikaitkan dengan sesuatu kejadian yang saya tidak 'alert' saya jadi ragu ragu. Saya sendiri masih cuba meningkatkan ilmu saya dalam Islam. Tambahan pula, tersilap kata, salah faham pula yang berlaku. Lebih lebih lagi apabila 'vocabulary' saya dalam bahasa Inggeris agak lemah ketika itu. Alasan sahaja kan?

Dia pun sedar yang perbualan menjadi semakin berat, lalu menukar topik. *Mungkin nampak jelas kesulitan yang saya alami dari pihaknya.* Namun, sejak hari itu, saya 'appear offline' kepadanya. Malu. Dan segan kerana tidak mampu hendak menjawab soalan soalannya tempoh hari. Cuma baru baru ini, dia komen status saya. Tahulah dia saya online, kan? Sampai bila saya boleh menyorok pun saya tidak tahu.

Pertingkatkanlah ilmu dalam Islam. Kerana tinggal di negara yang berbilang bangsa dan agama ini, bila bila masa sahaja kefahaman kita boleh diuji. =) 



Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.


2010-10-20

3 tahun.

Salam.

Saya tak boleh kalau tahu ada orang lagi susah dari saya. Seboleh boleh mungkin nak tolong. Nak ada sama sama susah dengan dia. Tak kiralah siapa pun. Tambah tambah kalau saya dapat tahu orang yang saya sayang sakit.

Dia kata, Dr kata, dia ada lagi 3 tahun. Tapi itu tahun lepas. Jadi ada lagi 2 tahun. Tapi ajal dan maut ALLAH yang tentukan. Boleh jadi kurang dari 2 tahun. Boleh jadi juga lebih dari 2 tahun. Boleh jadi juga, dia akan sembuh seperti sediakala. Hari ini, dia kata dia tak lalu nak makan. Makan makan. muntah balik. Mesti badan dia lemah. Ya ALLAH, berikanlah dia kekuatan. Setiap kali saya rasa susah, bila saya teringatkan semangat dia, sedikit sebanyak jadi kuat semula. Jika, dia dalam keadaan entah sudah berbulan bulan stay di hospital tak keluar keluar pun masih boleh tabah hadapi kehidupan dia, takkan saya yang punya keadaan fizikal  yang sihat ini tak boleh? Takkan tak rasa malu dengan dia? ALLAH s.w.t. takkan beri hambaNya dugaan yang kita tak dapat tempuhi. Percayalah. 

Adikku sayang, bertabahlah anda. Saya tahu anda kuat. Kak wani sayang kan kamu. =)

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.





Papan kenyataan.

Salam.

Diri ini macam tak stabil. Kejap rasa okay. Kejap jadi depressed balik. Sebab kedegilan tidak mahu terima kenyataan itu mungkin. Hari itu, masa di kem PPSM itu, terpaksa admit satu kenyataan. So, kurang depressed. Dah macam okay je untuk berada di khalayak ramai. Tapi still rasa segan dengan lecturers. Malu. Somehow, adik adik PPSM best.!

Lagi satu kenyataan? Urm. Sedang belajar untuk terima. Tadi macam kena basuh lagi. Banyak kali juga kena basuh ea lately ini. That's one way untuk mengingatkan diri kot. Saya dah usaha. Sekarang tinggal doa dan tawakal. Apa apa yang jadi selepas ini saya kena redha. Sebelum ini dah pernah jadi, dan saya boleh bangun semula. Kalau jadi lagi, takkan tak boleh bangun kan? Saya tak risau tentang bangun selepas kecewa itu. Kalau kecewa lah. *Tapi kalau boleh taknak.* Saya nak jadi orang baik baik. Dahulu pernah cakap dengan adik. Kalau nak yang terbaik diri mesti jadi terbaik. Jadi saya pun kenalah jadi yang terbaik. Kannn?

Saya perempuan. Kena jaga maruah saya. Keluarga saya. Ibu dan bapa dah didik elok elok. Kasihan mereka.

ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita, kan? Doa banyak banyak. Dan redha. Ha. Kan dah tenang sikit.

Kadang kadang rasa macam diri ini hipokrit. Hipokritkah saya?

ALLAH sayangkan saya. Macam macam cara DIA bagi petunjuk.


Ini, edit paper tak siap siap lagi. Apa nak jadi pun tak tahu. *geleng geleng kepala*


Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.






2010-10-19

hehe.

Salam.



quote.



Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.









2010-10-18

Lampu Kuning.

Salam.

Bila sampai lampu kuning, tandanya kena slow down. Tapi saya taknak slow down. Sebab nanti akan kena berhenti di lampu merah. Lalu terlepas. Benar, nanti akan ada lagi lampu hijau. Tapi ia sudah tidak sama. Walaupun bagaimanapun, di lampu kuning saya tetap kena perlahan. Takut. Takut terlepas.

Belum reti slow down. Ya ALLAH berikan aku petunjukmu. Amin.

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.









Sejam dan lebih sikit.

Salam.

Selepas perbualan itu, saya tak tahu nak buat apa. Tiba tiba buntu.


Ada masa kan, I just wanted to be there. Tak kiralah apa yang pernah berlaku. Dengan siapa siapa pun. Sebelum itu, macam macam mahu dikata, mahu ditanya, tapi, once I'm there, I just want things to be right. Be happy. Tak mahu timbulkan apa yang pernah jadi sebab nanti saat yang sekejap itu jadi gloomy. Dan saat saat macam itu susah nak dapat. Sangat precious.

Tapi ini pun kalau saya yang terluka. Dan bukannya saya yang melukakan.


Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.







2010-10-17

Beg mata.

Salam.

Rabu lepas saya berpeluang ke Pullman, Putrajaya. Terima kasih kepada yang mensponsor tempat tinggal di UKM. Teman makan malam. Teman jalan jalan. Yang ajak. Yang teman bual bual. Terima kasih. Alhamdulillah. Pemergian itu kerana ada tugas. Sebagai tukang baiki format kertas untuk conference akhir tahun nanti. Dan... Tak siap lagi.! Sebab sejak balik rumah Khamis lepas hari hari keluar masuk rumah. Malam malam, macam nak main main sahaja.

Masa makan, asyik nampak muka Dr sahaja. adoih. Tapi Mummy kata, bukan selalu, so makanlah. hehe.



 nasi. Ada pasta tapi saya tidak ambil. Dah terambil nasi. So tidak dapat ambil pasta.


dessert yang cantik. Kiri, blueberry cruble. kanan, caramel.


Ada lagi gambar. Tapi pada kakak. =(

DUe date dah dekat. Oh tidak. Habislah. Nanti dapat free beg mata lah lepas ini... padan muka, cik cahaya.!



Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.






161010. Another date to be remembered.

Salam.

Jam 2 pagi. Sedaya upaya hendak pejamkan mata. Mahu hanyut dibuai mimpi. Entah jam berapa, akhirnya tertidur jua. Sedang hati rasa tidak senang. Risau. Benar, dia sudah dewasa. Pandai menjaga diri. Namun, saya tidak mampu untuk tidak menjadi risau. Kerana tiba tiba dia hilang.
6.30 pagi. Bersiap-siap. Pagi itu rasa semangat sedikit sebanyak hadir juga dalam diri. Walaupun, hati tidak senang. 

7.30 pagi. Bertolak ke destinasi. Kosmos World. Times Square. Hari Keluarga syarikat ayahanda tercinta memeras keringat, membanting tulang demi kami. Keluarga yang dikasihi. Sepanjang perjalanan, rasa sangat mengantuk. Namun mata tidak dapat dipejam. Terbayang bayang Kosmos World itu. Permainan apakah yang hendak dicuba? Kali terakhir, cumalah roller coaster yang menjadi pilihan.



8.15 pagi. Tiba di Times Square. Sedang khusyuk berjalan ke pintu masuk Cosmos WOrld, derap derup bunyi kaki kedengaran. Kata hati,"Siapalah yang pagi pagi ini buat kawad." Nampak tingkap kedai. Tiba tiba ada sepasang tangan diacah acah bagai hendak mencekik diri ini. Berwarna pula itu. "ahhh" Terkejut. "Saya bukan hantu." Kata badut itu lantas bergerak ke destinasi nya. Dua. Beberapa minit kemudian, tiba di kaunter pendaftaran. Terdapat manusia berpakaian tebal pula. Maskot. Pagi pagi sudah timbul rasa benci. 
Sarapan. Sesi taklimat dan ucapan. Cabutan bertuah. Telematch. 10.00 pagi. Dan tibalah saat saat yang dinantikan semua. Serangan terhadap mesin mesin yang mampu membuatkan sarapan pagi diluahkan semula. Hanya kepada yang berani. 
Saya? Sehinggalah jam sebelas, baru timbul rasa hendak mencuba. Bumper car(parasit), Space Attack, Roller Coaster. Cubalah. Pasti anda menyesal. Tatkala insan lain menjerit menaiki Roller Coaster, saya tertawa. Jeritan adik yang dibuat buat sangat menggelikan hati.

Semasa sedang menunggu adik beratur di Bumper Car, ternampak seorang kenalan. Yang tanpa disangka sangka turut berada di situ. Kelakar. Rupanya ayah kita berkawan ya. Dan kata ibu, masa kecil dahulu keluarga saya kadangkala bertandang ke rumah awak. Tahun lepas, saya tidak pergi Family Day ini. Jadi kita tidak berjumpa. Kecil dunia ini. Kecil lagi Kuala Lumpur. Gembira. Sungguh. Walaupun hanya dapat berbual beberapa minit ketika itu. Moga kamu cepat sembuh. Ada orang kata baju saya cantik. Thanks. =)

Niat asal, jika ada perjumpaan di UKM, mahu ke rumah seorang pensyarah. Anak gadisnya berharap saya hadir. Namun, saya tidak dapat ke rumah pensyarah itu kerana ke hari keluarga ini. Hati rasa serba salah. Tak tahu kakak dapat pujuk dia atau tidak. =(

Kita tak dapat jangka apa kejutan ALLAH s.w.t. untuk kita pada hari itu. Walaupun pagi itu bermula dengan perkara perkara yang euw, saya tidak mahu lupa. =)

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.

Oh. tiba tiba teringat. sudah hampir akhir tahun. Saya belum berbincang tentang lawatan dengan Achiq. wah. banyaknya kerja tertunggak. Sangat banyak. 




2010-10-12

NBSB.

Salam.

Itu hari saya ada terjumpa satu quote ini. Terus copy pergi hantar ada gadis ini. Dia jenis macam, cool je tiada bf semua. banyak gf. Setahu saya lah. Tak tahu kalau senyap senyap dia ada. Itu privacy dia. Kalau dia mahu cerita, saya dengar. dia tak mahu, tidak apalah. Eh, kalau cerita macam ini kira mengumpat kah? 
"UGLY GIRLS have 100000 EXs and 10 Boyfriends while pretty girls are like NBSB or a few EXs and are single. "
Bukanlah nak kata kalau ada bf awak itu ugly ke apa. It's just macam, kalau tiada bf itu tidak apa. Kalau dah ada bf, tu jangan nak menggatal nak pergi gaduh gaduh sebab nak break sebab nak jadi single konon single itu pretty. Awak pun pretty juga. Alah, semua manusia pun cantik, pretty, beautiful.

Macam dalam lagu Barney,
"You're so special you're the only one you're the only one like you."
Terpengaruh sangat dengan Barney. Hehe.

Macamana ye nak cakap. Saya dikelilingi dengan insan insan yang macam ini. NBSB ini. No boyfriend since birth. Macam kagum juga dengan mereka. Macam tak sabar mahu tunggu mereka kahwin. Nak tengok siapa the lucky guy. Hehe. Jenis yang preserved. =)

Ada kawan lelaki ini nak pikat salah seorang dari adik adik saya. "All the best lah. Kalau pape jadi, aku cari kau. Dia ni jenis preserved tau. NBSB." "Baguslah. Aku pun tak pernah ada GF." Komen saya? Kalau dah jodoh, kan. Sebab, kadang kadang kan, kita rasa kita kenal seseorang. Mungkin kita salah. Dan manusia boleh berubah. Kepada yang lebih baik. =)

Sekarang macam, siapa yang lebih tua dipanggil kakak, abang, yang muda dipanggil adik. Tak kira adik kandung ke tak. Besar betul famili. Hehe.

Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi. Usaha doa tawakal.

Hehe.

Salam.

Sebenarnya macam tak tahu nak buat tajuk post apa. Maka jadilah hehe. Haha.

Hehe ni macam satu versi ketawa yang sopan. Kalau macam haha mulut buka besar. Hehe macam malu malu, siap boleh tutup tutup mulut dengan tangan lagi. Okay. Saya sudah merapu.

Ada pembaca complaint kata tak boleh buka my blog. Sebab macam nanti keluar yang kata web ini boleh bawa harm itu. SOrry. I tak tahu bagaimana nak betulkan. Last last I buang background. Nanti bila rajin baru cari background baru. Pemalas kan? I know. Hehe. Tapi bila buang background pun dia kata masih tak boleh buka. Alaaa. hilang seorang pembaca blog. =(
Sekarang saya mahu jadi gadis sopan sopan. Yang nanti kalau warden masa sekolah nampak nanti sejuk hati dia. Sebab didikan dia masa sekolah dulu terhasil juga. "Girls, behave..." Dan sejuk hati ibu bapa tahu anak dia sopan sopan sahaja. InsyaALLAH. 

Petang nanti mahu bertolak pergi UKM. Esok ada mahu tolong kakak dengan conference apa tah di Putrajaya. Saya alergi sikit dengan Putrajaya Cyberjaya ini. Alergi itu akan hilang selepas... Lagi 3 tahun. Tapi kena tabahkan hati pergi juga. Sebab stay rumah tak buat apa kan. Hish. Tak boleh kata alergi. Sekali nanti kena kerja di Putrajaya, habislah. Alah. Putrajaya je pun. Kan? 

Masa singkat sangat. Kalau pergi UKM, mahu jumpa semua orang. Kakak kat Zaba. Adik adik kat KIY. Adik adik kat UO. Adik adik dan mak di KKM. RIndu. Dan mahu tengok gambar yang ada adik ini kata terpampang di PPSM. Macam konon konon "wanted" padahal tiada apa pun. Tak tahu mahu stay sampai bila di UKM. Barang apa pun tak kemas lagi. Aiyooo.

Nanti boleh asah bakat menjahit. Mummy buat sulaman riben. Saya kurang gemar sulam riben ini. Lagi suka buat sulam benang. Beberapa tahun lepas ada buat sarung handphone. Jahit huruf huruf dan bunga. Tak percaya? Tak apa. Saya tak kisah. Hehe. Ada satu itu huruf H dah bagi kakak. Tak tahu kakak dah guna ke belum. Nanti ada masa mahu buat lagi lah. Bagi orang. Then, kawan kawan mereka tengok, mereka pun mahu beli. Nanti boleh ambil order semua. Haha. Berangan. Lah. kenapa baca. Tadi kata tak percaya. Hehe. 

Menarik tak kalau bangun pagi pagi untuk beratur dapatkan tiket naik jambatan twin tower? Nak buatttt...!!!

Okay. Jumpa di post lain pula. Hehe.


Kalau tak ikhlas, buat apa pun tak jadi.
Usaha doa tawakal.

2010-10-11

Tanya berulang kali.

Salam.

Di saat saat macam ini, adalah normal jika ditanya. Ada yang berulang ulang. Dan jawapannya tetap sama.

S : Kat mana ini?
J : Di rumahlah. Di mana lagi.

S : Dah habis masters ke?
J : Tak habis pun. Separuh jalan. Haha.

S : Kenapa?
J : **soalan ini paling tak suka nak jawab.** Sebab kena tendanglah. **putar belit.haha.**
Kadang-kadang diikuti dengan...
S : Serius....???????

J : I ni suka main main ke?

S : Dah kerja?
J : Belum.

S : Tak cari?
J :Tak lagi.

S : Kenapa tak cari lagi?
J : Sebab ada program bulan 11+12. Dah habis program baru nak cari kerja. Sayang nak lepas program itu sebab dah pergi training. Lagipun nanti leceh.

S : Bila nak kahwin?
J : Errr...

S : Bila nak belanja I?
J : *haha.

kadang-kadang, perbualannya macam ini.
I : I dah xbelajar dah.
orang itu : lah yeke... kesian kak e**
I : **kau boleh pikir orang tu sedih. aku pun sedih okay. dah macam tu kau teman lah kak e** tu.**
    nak buat macamana... dah benda nak jadi.



penatlah jawab soalan macam ini berulang kali. Tapi takpelah. Mereka care. sebab itu mereka tanya kan...? haha.

Ada a few yang pesan, rehat rehatlah dulu. Nanti dah kerja tiada masa semua. have time dengan family semua.
Ada a few pula yang kata, keadaan tak mendesak untuk wani cari kerja. Sebab family macam okay je. Sebab tu macam wani pun tak de nak cari kerja sangat.
Ada pula yang kata, apa lah. ada degree. tapi menganggur. Saya ini, lepasan SPM je. Tapi dah bekerja.

Sebenarnya kan, setiap yang seseorang nak buat itu, mesti ada kehendak. Kalau tiada kehendak, memang tak jalan. Contoh macam, nak makan aiskrim. Kehendak di sini is makan aiskrim. Maka, akan berusaha cari duit. dan pergi ke kedai yang jual aiskrim. See, kalau ada kehendak maka pasti akan disusuli dengan usaha. Sebab itu, ada pepetah melayu. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Konsep jika maka. Jika saya mahu bekerja, maka saya akan cari kerja. Tapi jika saya cari kerja, tak semestinya saya mahu bekerja. Mungkin kerana saya hendak mengisi masa lapang sahaja. Nampak beza tak? Yang penting, niat itu kena ikhlas kerana ALLAH s.w.t. . Kalau tak ikhlas, buat apa apa pun tak jadi.

usaha doa tawakal.






2010-10-10

Ketika kau tidak peduli

Salam.

Ini ada cerpen. Dalam bahasa indonesia. Dari sini.

" Mas, apa kamu benar benar sayang sama aku?"
" Mengapa kau bertanya seperti itu?tentu saja aku sayang sama kamu"
" Tapi aku ragu,"
" Apa yang kamu ragukan dek?"
Aku terdiam, tangan lembutnya menggenggam tanganku. Tatapan matanya yang tajam membuatku tak bisa menahan air mata, aku kangen tatapan itu, tatapan saat pertama kali kau menyatakan cinta padaku.
" Adek, gak percaya sama mas?"
" Bukan itu, tapi..."
" Tapi apa?"
" Tapi mas selalu cuek sama aku, mas gak pernah memikirkan aku, mas ga peduli dengan aku, gak peduli dengan semua yang aku lakukan, bahkan mas gak pernah cemburu saat aku mengatakan akan pergi dengan cowok lain, apa itu yang namanya sayang? mas sudah berubah, gak seperti dulu lagi !!"
Emosi ku sudah tak bisa terkontrol lagi, air mata semakin deras menetes dipipiku, dia hanya terdiam. mungkin sedikit kaget mendengar omonganku yang agak berteriak.
" Kenapa kau hanya diam mas? apa kamu sudah gak sayang lagi sama aku?"
" Adek tenang dulu yah, "
Dia tak menjawab apapun, ditariknya badanku dan dibiarkannya bersandar dibahunya yang lapang, aku merasakan detak jantung yang tak beraturan.

Aku bosan, dan aku benar benar jenuh. Hubungan ku dengan kekasihku terasa sangat datar dan biasa biasa saja. awalnya aku sangat bahagia. karena dia seorang pria yang sangat sempurna bagiku. dia dewasa, perhatian, pengertian, setia dan slalu membuatku tersenyum. tak pernah sedikitpun dia marah padaku. bahkan dia tak pernah sedikitpun melarang aku bergaul dengan siapa saja. aku senang, karena dia tidak membatasi aku dalam berteman.
tapi 10bulan berlalu semua masih seperti itu, bahkan aku merasa sikapnya menjadi semakin acuh dan seperti tak peduli lagi dengan apa yang aku lakukan. aku mulai ragu akan sikapnya, terlebih dia tak pernah merasa cemburu saat aku bilang akan pergi dengan cowok lain. apa itu yang namanya sayang ?

malam itu aku tak bisa tidur, Dalam hatiku masih tak tenang, mengapa kau hanya diam mas, mengapa tak kau jawab? apa benar kau sudah tak sayang lagi sama aku ?

pagi itu aku terbangun karna sinar mentari menelusup masuk kamar kos ku melalui ventilasi diatas jendela. mataku masih sembab, tadi malam aku menangis hingga tertidur. kembali teringat peristiwa semalam, tapi aku tak bisa menangis lagi. mungkin karena air mataku sudah habis kukuras semalam.
drrt.. drrt...
1 pesan singkat kuterima pagi itu, aku masih terbaring diatas tempat tidur, kuraih handphone diatas meja dekat tempat tidurku.
" sayang,,, "
" bukannya aku aku sudah tak sayang lagi sama kamu, sampai detik ini pun aku masih sangat menyayangimu.
mungkin aku gak memikirkanmu, itu menurutmu. tapi kau tau, disini aku selalu memikirkan keadaanmu, setiap saat. sebelum tidur, bangun tidur aku selalu inget kamu, tak pernah aku melupakanmu sedetikpun .
mungkin aku terlalu cuek dan gak peduli denganmu, itu menurutmu, tapi kau tau aku selalu mencari tau apa yang kau lakukan diluar sana, dengan siapa dan kemana kau pergi hari ini. itu karena aku sangat mengkhawatirkan kamu.
mungkin aku gak pernah cemburu, saat kau mempunyai teman pria. itu menurutmu. tapi kau tau, aku sangat cemburu dan sakit saat kau mengatakan kau akan pergi dengan pria lain, ingin rasanya aku marah, tapi percuma karena aku tak tau apa yang kamu lakukan disana. disini aku cuma bisa berdoa, semoga kamu setia dan gak macam macam disana. aku tak mau menjadi protektiv padamu, karena aku tak ingin kau menjauhiku.
aku tau kamu pasti paham mana batas batasnya. modalku cuma yakin dan percaya sama kamu, sayangku..."
tak terasa air mata menetes dipipiku, lagi. ku mengumpulkan cukup kekuatan untuk membaca kelanjutan smsnya .
" Sejak awal aku serius menjalani hubungan ini, aku tau aku jauh dari sempurna, tapi aku pengen memberikan yang terbaik untukmu, ingin melihat mu selalu tersenyum. berusaha membuatmu senang didekatku, melindungi mu dengan segenap tenaga yang aku punya saat ini. kamu sangat berarti untuku. kamu adalah harapan ku.
Sampai kapanpun aku tak akan pernah berubah, akan selalu sayang kamu. tak akan pernah berubah untuk jaga komitmen hidup bahagia dengan kamu kelak.
Sayang, kamu memang kecil, tapi punya makna yang besar bagiku. sekarang masih kah kau mengijinkanku menjadi pendamping hidupmu dan menemanimu?"

tanganku bergetar, air mataku tak bisa berhenti menetes, dengan segera ku balas pesan singktnya.
"sayang, maafkan aku, aku tak pernah memikirkan semua ini. aku ingin kau terus menjadi pendampingku"
" Kalau begitu, bisakah kau buka pintu kamarmu?"

tanpa pikir panjang, aku berlari membuka pintu kamar kosku, kulihat seorang pria dengan senyumnya yang dulu pernah membuatku jatuh cinta. dengan setangkai mawar merah ditangannya,
aku langsung memeluknya, aku sadar aku sangat menyayanginya.
" Aku sayang kamu"


Penulis =

Nama Kamu : Nia Wahyu Pratiwi
Email Kamu : nyagh.aiiu@gmail.com
Email Facebook : nyagh.cantique@yahoo.co.id
Alamat YM : nyagh_cantique
Tempat Tinggal : Jl. Pandan Sari 1/102 RT 06/II Kel. Sawah Besar Kec. Gayam Sari Semarang

Pesan Tulisan
: jangan memandang segala sesuatu dari sudut pandang kita sendiri, cobalah lihat dari sudut pandang orang lain.
 



Saya mahu jadi cinta dia yang pertama dan terakhir.



2010-10-09

Mahu juga.

Salam.

Saya tak faham. Jadi saya salah faham. Tetapi saya mahu faham. Saya tidak suka salah faham. Kerana saya mahu faham. Jika tidak faham, tidak semestinya saya tidak boleh terima. Saya mahu terima seadanya. Tetapi lebih elok jika saya faham, Kerana saya juga boleh terima seadanya.

Berilah saya peluang untuk faham. Atau belajar untuk faham. Saya mahu faham. Kerana saya sudah serik untuk salah faham.

Saya sudah tak tahu nak cakap apa. Nanti orang salah faham. =(






2010-10-07

Perasaan. Buang huruf a jadi perasan. hehe.

Salam.

Update baru.! Jeng jeng jeng. Lepas berapa hari entah. Sebenarnya mahu update tentang kem hujung minggu lepas. Tetapi, tak siap siap lagi. Sedang susun ayat cantik cantik. Hehe.
Tadi Mummy complaint. Mummy baca my blog ini. Dia bising sebab my English is horrible. Sama ada I purposely atau tak. Purposely pun ada. Tapi macam mahu practice my english. Haish. Kena practise betul betul lah ini. Rindu nak cakap in English dengan Atul, Ainto, Afiq, ZK. Huhu.

Okay, nampak tak ada perubahan di blog ini? Hehe. Background dah tukar. TETAPI... Banner atas itu macam tak matching langsung kan? Kena buat baru. Tapi dalam process nak belajar balik photo punya software semua. Tak ingat dulu buat macam mana. Sekali je buat. Then terus tak pernah practice dah.
Selalu, kalau start blog balik, nanti akan ada banyak post dalam satu hari. Esok akan post lain. hehe.

Life? Sekarang BETTER. Cuma... Kadang kadang kan macam mahu give up. Tapi I tahu, kalau I betul betul hendak dan mahu, I kena tabah. Hendak seribu daya kan. Keadaan dah berubah. Dah tak sama macam dulu. Tapi, daripada tak ada, at least ada. Haha. I cakap belit belit kan? 

ALLAH itu MAHA PENYAYANG. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. DIA bagi I peluang lagi untuk I berubah menjadi yang lebih baik. Dan kali ini, akan mengambil masa. It takes time. Dan I kena sabar. SABAR.

Takut. Takut perkara yang pernah jadi dulu jadi lagi. Fikir fikir balik, kan? Kenapa I nak destroy apa yang I sedang face dengan merisaukan perkara yang akan datang? Kan? Fokus dengan apa yang sedang berlaku.



Ya ALLAH, restuilah hubungan ini. Dunia dan akhirat. Amin.




2010-10-01

Kemurungan. Apakah?

Salam.

Apakah kemurungan? Ia gangguan kemurungan adalah suatu penyakit yang melibatkan badan, perasaan dan juga fikiran.

TANDA-TANDA KEMURUNGAN
Mereka yang murung mungkin:
· Berasa sedih atau ‘kosong’ secara berpanjangan.
· Hilang minat atau hilang semangat.
· Mengalami masalah tidur.
· Hilang selera makan serta turun berat badan.
· Tidak dapat menumpukan perhatain dengan baik.
· Memikirkan tentang mati.
· Mempunyai simptom-simptom fizikal yang berpanjangan seperti sakit kepala, masalah gastrik/ perut dan kesakitan yang kronik.

APAKAH YANG MENYEBABKAN KEMURUNGAN?
Biasanya melibatkan kombinasi beberapa factor:
· Kecenderungan genetik - Penyakit yang boleh diwarisi.
· Mereka yang memandang rendah terhadap diri sendiri.
· Tekanan diri alam persekitaran.
· Kejadian dalam kehidupan yang tidak diingini.
· Ketiadaan perhubungan yang memberikan sokongan.

RAWATAN
MEMBANTU DIRI ANDA SENDIRI.
Sekiranya anda murung, anda mungkin berasa tidak bertenaga, tidak berdaya dan tidak berguna lagi. Ini adalah pemikiran-pemikiran yang negatif yang merupakan sebahagian dari tanda-tanda kemurungan. Fikiran-fikiran yang negatif ini akan hilang selepas kemurungan dirawat dengan berkesan. TETAPI sementara itu:
· Jangan menetapkan matlamat yang sukar dicapai untuk diri anda sendiri.
· Jangan pikul terlalu banyak tanggungjawab.
· Pecahkan satu tugas besar kepada beberapa tiugas kecil dan tentukan prioritinya.
· Jangan buat keputusan yang penting bagi kehidupan anda semasa anda murung.
· Jangan bersetuju dengan fikiran-fikiran anda yang negatif.

Langkah langkah ke arah kesihatan mental yang baik.
1. Bersenam selalu
2. Jaga pemakanan anda
3. Tidur dengan cukup
4. Luangkan masa untuk beristirehat
5. Jadi realistik tentang diri anda sendiri.
6. Buat perubahan pada diri anda beransur-ansur
7. Bincanglah masalah anda bersama teman serta saudara.
8. Rancang masa anda dengan baik
9. Tangani perasaan negatif secara berkesan
10.Bentuk keluarga yang bahagia. **Mummy I want to get married!. Haha**

-dicopy paste.-

**membantu diri sendiri tak bermaksud dengan kudrat sendiri. (adik, 2010)**




Teringat.

Salam.

Sekarang ini rajin betul flashback. 

Masa Tingkatan 2 dahulu, ada berkenalan dengan ada abang ini. Dia lebih tua 5 tahun. Abang itu, belajar di UiTM Shah Alam masa itu. Kawan sebab chatting kat Yahoo! Chat. Masa zaman dahulu dahulu kan macam ada chatrooms itu kan. MIRC lah.

Berkawan. Pernah jumpa sekali. Tapi time itu jumpa dia dengan lagi dua orang kawan. So, kawan macam nak tinggal tinggal. Mereka nak lari pergi mana tah. Umur belas-belas lagi kan. Jadi macam tersepit nak ikut kawan ke nak stay borak borak dengan abang itu. Serius. Nebes. Yelah macam orang yang tak kenal. Tahu tak blind date? Ala ala cenggitulah. Last last lari ikut kawan itu tinggal abang itu. Rasanya lah. Tak ingat apa tindakan masa itu.

Yang ingat, adalah juga balas email dengan abang itu masa itu. Dia selalu nasihat nasihat belajar rajin rajin semua. Masuk U juga macam dia. And ada satu rangkap lagu dia selitkan. Sampai sekarang kalau dengar lagu ini, boleh menitis air mata. Lagi lagi part rangkap ini.

Selamat berjuang sahabatku
Semoga ALLAH berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan ku biar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya

Ada pernah sekali itu tengah dalam kereta. Tak ingatlah sebelum itu ada call nombor dia ke tak. Tapi time itu macam tengahari atau petang petang. Tiba tiba nombor dia call. Jawablah. Tengok tengok adik dia call. Kata dia dah meninggal. Sebab kemalangan. Ada masuk Metro hari sebelum itu ke 2 hari sebelum itu entah. Mana nak cari suratkhabar beberapa hari lepas di kedai kan? Terus airmata menitis. Sebak. Moga, rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah untuk Abang Irwan.

 Nah, ini untuk you alls.


Selamat berjuang sahabatku
Semoga ALLAH berkatimu

 Jangan nanes okay?





Readers.

Salam.

Dear readers.
Thanks for visiting, peeking, reading my blog.
Thank you.

I hope you guys are okay with my posts.

There are times, I just wanna be me. Despite what people thinks.

Thanks again for visiting. And those comments. Macam macam jenis comment. Thanks for caring.

SIlent reader pun, thanks for visiting.

I just hope that you people learn something from my stories. Good and bad. Don't do the same mistakes as I did.

**Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Yakinlah, okay?**

Usaha+doa+tawakal. Okayyy?







Invitations.

Salam.

I have a few invitations on tomorrow.

First, open house in S.B. by my little brother. During lunch.

Second, invitation by a junior. Anytime between morning - evening.

Third, thought that I wanted to meet a friend somewhere.

Forth, a bigger sister offered to join her handling things.

The third is cancelled, because the friend have a programme elsewhere. Teringat kata a little brother, Khairul Izwan. Mungkin ALLAH tak jumpakan masa itu sebab mahu jumpakan untuk masa lain yang lebih baik. Harap-harap next time tu lebih baik. Bersangka baiklah kan?

The bigger sister is being so nice with me. And the things she wants me to handle isn't that alien after all. Maybe it wasn't a bad idea.

So, if I follow bigger sister, I cannot go see little brother on tomorrow. I hope he forgives me. Little brother loves me. I know he won't get angry. **perasan**

And for the second invitation, the junior keeps silent. Cancelled perhaps?

Last last kan, duduk rumah tidur je. haha.



missing someone. sakitnya. =(


You know what’s beautiful?

Your eyes blinking, your pupils dilating when you’re euphoric, the curve of your smile, the shade of your teeth, the arch of your back, the fingers typing, the breathing thing you do, the thoughts. Your thoughts. How you think is beautiful; how a thought comes to mind is…a miracle, how you operate, how you are; just you. In every sense of the word; all your blood cells, neurons, organs, your limbs, your soul. You are breathtaking, mashaa’Allaah.


:D

You can’t control the things that happen to you but you can control the way you react to them. It’s all perception.
You Again (Movie)

41568319681